Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 31 Julai 2012

Rita Rudaini Tempah 2 Pasang Baju Melayu Untuk Anak

31 Julai 2012

Rita Rudaini Tempah 2 Pasang Baju Melayu Untuk Anak


KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2012: Mengakui dirinya kini lebih gembira berbanding sewaktu bergelar isteri kepada Aidil Zafuan, Rita Rudaini memberitahu dia sememangnya tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.

Malah, Rita Rudaini tanpa berselindung menyatakan segala persiapan hari raya sudah pun disiapkan sepenuhnya sebelum menjelang ramadan lagi.

"Saya tidak tahu kenapa. Saya betul-betul rasa gembira sangat dan tidak sabar nak menyambut hari raya dengan anak-anak tahun ini.

"Disebabkan sudah terlalu gembira, saya sudah pun siapkan baju raya untuk kedua-dua anak saya. Saya juga telah belikan 2 pasang baju Melayu dan 2 pasang baju kasual untuk mereka.

"Untuk baju Melayu, tema warna kami adalah ungu (purple). Selama ini pun, Rita tidak pernah tempah baju raya. Tetapi tahun ini, Rita dah tempah sampai 4 pasang baju raya," katanya yang menyediakan persiapan raya tanpa Aidil.

Terus bercerita mengenai sambutan lebaran nanti, Rita Rudaini mengakui berasa lebih selesa mengenakan baju kurung berbanding baju kebaya.

"Sebelum ini pun, kalau saya beli baju raya siap, hanya sepasang saja. Tetapi tidak seperti tahun ini. Rita suka pakai baju kurung dan tahun ini saya menempah untuk baju kurung moden.

"Terus-terang, saya happy gila sampaikan hanya berfikir dan beraya serta terlalu teruja nak sambut raya. Rasa happy ini tidak seperti sambutan raya sebelum ini," ujarnya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Rita mengakui anaknya Ryan,3 tahun pernah menyaksikan depan mata dia menangis sewaktu berdepan dengan dugaan rumahtangga.

"Sebagai ibu, kalau boleh Rita tak mahu anak-anak tahu Rita susah hati atau pun sedang sedih.

"Namun, Ryan pernah menemani Rita menangis dalam bilik air. Waktu itu, Rita tak mahu dia tengok tetapi dia tetap ikut Rita dan hanya melihat Rita menangis.

"Apapun, Rita harap apabila sudah besar nanti, anak-anak Rita boleh berfikir dengan baik dan menilai yang mana baik untuk keluarga," jelasnya.


Khamis, 26 Julai 2012

Rita Rudaini Hiasi Muka Depan EH! Ogos 2012 & Bakal Berhijab Suatu Hari Nanti

27 Julai 2012


Rasanya ramai yang jatuh cinta dengan keayuan Rita Rudaini berhijab sepanjang menghadiri sesi mahkamah berhubung kes penceraiannya. Sememangnya Rita nampak lebih cantik, lebih manis dan lebih menawan apabila berhijab. Dan sebenarnya Rita memang ada perancangan untuk kekal berhijab suatu hari nanti.
rita comel
Kata Rita kepada portal Murai:-
Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan berhijab. Terus-terang, saya ada terfikir untuk ke arah itu. Kalau boleh, biarlah saya bertudung atas kerelaan hati tanpa ada paksaan orang lain.
Sementara itu, majalah EH! edisi Ogos 2012 telah pun menampilkan Rita Rudaini sebagai penghias muka depan mereka. Tema hijau yang dipilih kemungkinan besar kerana Hari Raya yang bakal menjelma. Di mata Abang Nara, wajah “chinese look” Rita jelas terserlah apabila rambutnya digayakan sedemikian rupa.
rita eh
Jangan lupa dapatkan majalah EH! di pasaran. Membaca tajuk “Berpisah atau tidak, terserah pada-Nya” pun sudah membuatkan Abang Nara teruja untuk membeli majalah ini. Sila cepat sebelum kehabisan stok.

Selasa, 17 Julai 2012

Jalani kehidupan lebih tenang

18 Julai 2012 





MENGALAMI masalah keretakan rumah tangga pastinya menjadi satu pengalaman yang cukup pahit buat dua orang pelakon popular iaitu Mohamed Hadi Putera Halim atau lebih popular dengan Adi Putra dan Rita Rudaini Mokhtar.
Bagaimanapun, segala permasalahan yang telah melanda kedua-dua pelakon itu tidak pernah sesekali mematahkan semangat mereka untuk terus bergiat aktif dalam dunia lakonan.
Bagi Rita, dia sudah lali dengan masalah rumah tangga yang berlaku dengan suaminya iaitu Aidil Zafuan Abd. Radzak yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan pasrah menerima apa sahaja ketentuan Ilahi.
"Selepas saya pulang dari Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah baru-baru ini, saya akui kehidupan saya sekarang semakin tenang dan sudah mampu menerima apa sahaja yang berlaku kehidupan sekarang.
"Namun, saya juga ada berdoa untuk suami dan saya pohon sekiranya dia merupakan insan yang terbaik buat kami sekeluarga, saya berharap agar kami dapat didekatkan kembali," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Balistik di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.
Jelas Rita, biar apapun keputusan yang akan dibuat oleh suaminya itu selepas ini, dia kini mahu menjalani kehidupan yang lebih gembira bersama kedua-dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafiqa Arjuna yang kini berusia setahun.
Ujarnya, selepas pulang dari Mekah, sudah terdapat perubahan dalam dirinya apabila kembali menjalani kehidupan yang lebih ceria sehingga menimbulkan persoalan ahli keluarganya.
"Sekarang, kalau diminta hadir ke mahkamah pun saya tidak kisah dan mampu berhadapan apa sahaja situasi dengan lebih tenang. Paling penting saya mahu jalani kehidupan dengan lebih gembira tanpa memikirkan sebarang masalah," ujarnya.
Menurut pelakon berusia 36 tahun itu, memandangkan kehidupannya tidak lagi bersama suami, kini dia mengambil keputusan untuk kembali berkecimpung secara aktif dalam dunia lakonan.
Ujarnya, matlamat utama dia mahu aktif berlakon bukan semata-mata mahu mengecap nikmat populariti, sebaliknya ingin mencari nafkah untuk membesarkan kedua-dua anaknya itu.
"Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan untuk mencari glamor kerana untuk menjalani kehidupan sekarang, saya perlu kembali bekerja kuat untuk mencari rezeki demi anak-anak.
"Apapun yang berlaku saya mahu anak-anak membesar di hadapan mata saya dan berasa sangat lega kerana mereka kurang meragam biarpun saya sudah mula sibuk menjalani penggambaran," ujarnya.
Utamakan anak
Meskipun kehidupannya kini sudah mula sibuk dengan jadual penggambaran, Rita memberitahu, dia sesekali tidak akan mengabaikan kedua-dua anaknya itu dan akan sentiasa bersama mereka sekiranya ada masa terluang.
RITA RUDAINI dan Adi Putra tidak suka mengheret masalah rumah tangga dalam karier mereka. Terbabit dalam filem Balistik, Rita dan Adi kini mahu lebih fokus terhadap kerjaya mereka.


Menurutnya, dia juga telah mengupah seorang pengasuh yang kini sudah tujuh bulan bekerja dengannya dan sesekali akan membawa kedua-dua anaknya dan pengasuh tersebut ke lokasi penggambaran.
"Walaupun sekarang ini saya mencari rezeki dengan berlakon, tetapi kerjaya lakonan menjadi nombor dua dan anak-anak tetap menjadi keutamaan saya. Kalau boleh saya ingin sentiasa bersama di samping mereka setiap masa.
"Kalau ada masa terluang atau tidak menjalani sebarang penggambaran saya memang jarang berada di rumah dan lebih suka membawa mereka keluar berjalan-jalan," ujarnya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Balistik bersama Adi Putra dan Rosyam Nor.
Ditanya mengenai persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri pula, segala persiapan sudah selesai dilakukan termasuk menyediakan pakaian untuk dirinya dan kedua-dua anaknya itu.
"Tahun ini kami akan beraya di kampung halaman saya di Kangar, Perlis. Saya sendiri sudah menyiapkan empat pasang baju, manakala kedua-dua anak saya pula masing-masing sudah siap dua pasang baju Melayu dan dua baju kasual," ujarnya.
Perbaiki hubungan
Berbanding Rita, ternyata nasib lebih menyebelahi pelakon Adi Putra yang kini sudah pun berbaik semula dengan isterinya, Zuhaidah Yusof setelah mereka hampir-hampir bercerai baru-baru ini.
Adi yang turut ditemui pada majlis yang sama memberitahu, kehidupannya bersama isteri kembali normal dan berharap agar segala masalah yang pernah berlaku dapat dilupakan.
"Hubungan saya dan isteri sekarang menjadi lebih erat setelah apa yang berlaku. Namun, segala kelemahan yang wujud dalam hubungan kami sebelum ini akan diperbaiki lagi.
"Saya sedar sebagai manusia biasa memang bukan seorang insan yang sempurna dan tidak terlepas daripada membuat sebarang kesilapan. Kini, kalau ada sebarang perkara yang timbul kami akan berbincang bersama-sama," jelasnya.
Sementara itu, pelakon kelahiran Singapura itu memberitahu, selepas selesai menjalani penggambaran filem Balistik, dia akan berangkat ke Mekah pada 6 Ogos ini untuk mengerjakan umrah.
Ketika ditanya apakah yang membuatkannya untuk ke Mekah sekali lagi setelah berbuat demikian tiga bulan lepas, Adi memberitahu, dia memang mahu merasakan sekali lagi nikmat mengerjakan umrah semasa bulan Ramadan.
"Pada tahun lalu saya telah pergi ke Mekah buat kali pertama pada bulan puasa, kemudian saya berpeluang untuk mengerjakan umrah buat kali kedua bersama Triways Travel pada bulan April lalu.
"Apa yang boleh saya katakan suasana berada di sana pada bulan Ramadan dan hari biasa sememangnya sangat berbeza. Bagi saya, begitu banyak momen-momen indah yang dilalui sewaktu mengerjakan ibadah puasa di Mekah," ujarnya.
Bagaimanapun, pelakon itu memberitahu, dia akan pergi berseorangan tanpa ditemani isteri, namun sudah merancang untuk membawa isteri dan ibunya ke Mekah pada bulan Februari 2013.

Jumaat, 13 Julai 2012

Antara kehadiran selebriti yang tidak disangka-sangka ketika fashion show busana Hari Raya daripada 5 Stars designer ialah Fauziah Latiff. Kehadiran Jee sememangnya agak mengejutkan setelah agak lama tidak tampil di khalayak ramai. Abang Nara seakan-seakan tidak percaya apabila melihat wajah Jee yang masih nampak muda seperti tidak dimakan usia. Selain Jee, Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah turut membuat penampilan istimewa. Malah Zaquan turut menjadi salah seorang model catwalk untuk busana Hari Raya 5 Stars. Ramai wanita yang hadir seolah-olah gugur jantung melihat kehenseman Zaquan membuat catwalk. 8 lagi gambar sekitar fashion show busana Hari Raya daripada 5 Stars dengan membaca entri ini sepenuhnya. P.S: Abang Nara selama ini memang teringin gila nak ada buku cek. Bukan apa, selalu orang-orang kaya dalam drama atau movie memang suka gunakan cek untuk buat bayaran. Keinginan Abang Nara tercapai jua apabila Citibank Ready Credit turut menyediakan perkhidmatan cek. Abang Nara dah berjaya bayar bil Astro guna cek minggu lepas. Fuh ~~ Terasa macam orang kaya sebentar. Hehehe ~~

13 Julai 2012


Ya. Kami harap anda belum berasa bosan dengan kisah rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan. Kerana pastinya selepas ini akan banyak lagi kisah yang bakal menyusul.
Terbaru, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan telah menerima nasihat daripada Mahkamah Syariah untuk berbincang secara baik tentang masalah rumahtangga mereka.
Hakim Syarie menjelaskan bersempena kedatangan Ramadhan kali ini, ada baiknya pasangan berbincang berkenaan masalah rumahtangga mereka & menjadi contoh kepada masyarakat.
Dalam temubual bersama Murai, Rita Rudaini menjelaskan yang sepanjang empat tahun berkahwin, ini merupakan tempoh paling gembira dan bahagia buat beliau.
“Jujurnya, selama 4 tahun berkahwin, saya tidak pernah rasa gembira macam ini. Sampaikan adik-beradik bertanya kepada saya, engkau ni tiada masalah ke?,” ujar Rita Rudaini.
Dan, belum pun sah bercerai sudah ada soalan berkaitan pengganti Aidil Zafuan dan aktress popular ini berkata beliau tidak pernah fikirkan soal pengganti — hanya anak anak perkara paling utama dalam hidup beliau.

(10 GAMBAR)Selebriti-Selebriti Di Fashion Show 5 Stars

13 Julai 2012


Antara kehadiran selebriti yang tidak disangka-sangka ketika fashion show busana Hari Raya daripada 5 Stars designer ialah Fauziah Latiff. Kehadiran Jee sememangnya agak mengejutkan setelah agak lama tidak tampil di khalayak ramai. Abang Nara seakan-seakan tidak percaya apabila melihat wajah Jee yang masih nampak muda seperti tidak dimakan usia.
jee
Selain Jee, Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah turut membuat penampilan istimewa. Malah Zaquan turut menjadi salah seorang model catwalk untuk busana Hari Raya 5 Stars. Ramai wanita yang hadir seolah-olah gugur jantung melihat kehenseman Zaquan membuat catwalk.
aidil
8 lagi gambar sekitar fashion show busana Hari Raya daripada 5 Stars dengan membaca entri ini sepenuhnya.
jee
P.S: Abang Nara selama ini memang teringin gila nak ada buku cek. Bukan apa, selalu orang-orang kaya dalam drama atau movie memang suka gunakan cek untuk buat bayaran. Keinginan Abang Nara tercapai jua apabila Citibank Ready Credit turut menyediakan perkhidmatan cek. Abang Nara dah berjaya bayar bil Astro guna cek minggu lepas. Fuh ~~ Terasa macam orang kaya sebentar. Hehehe ~~
jee
jee
jee
jee
jee
jee
jee
jee

Herbalife

13 Julai 2012

herbalife

P.S: Tahukah anda yang herbalife digunakan oleh ramai atlet seperti pelumba basikal negara, pasangan kembar permain bola sepak negara dan juga Lionel Messi!!! Ingin berpuasa secara sihat di Bulan Puasa dan kelihatan sihat, cantik + langsing di Hari Raya? Sila layari www.betterlife.my & Jangan lupa LIKE FB page juga ok! [:)]

Rita Dan Aidil Dinasihat Berbincang Secara Baik Untuk Contoh Kepada Masyarakat

13 Julai 2012


Semua orang tahu betapa dalamnya kemelut rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil. Sekejap nak cerai, sekejap tak jadi cerai. Satu persatu cerita dikeluarkan di mahkamah. Dan baru-baru ini, hakim yang mengendalikan kes mereka menasihatkan agar Rita dan Aidil berbincang secara baik mengenai masalah rumah tangga kerana mereka adalah selebriti terkenal.
rita aidil
Kata Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad:-
Bersempena kedatangan bulan Ramadan adalah lebih baik Rita dan Aidil ambil keberkatan itu dengan berbincang secara baik mengenai masalah rumah tangga mereka. Tambahan pula kedua-dua mereka adalah selebriti terkenal dan patut menjadi contoh baik kepada masyarakat khususnya. Kalau tidak boleh selesai juga tiada masalah untuk bercerai secara baik
Betul juga kata Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad ini. Impak perbicaraan kes Rita dan Aidil bukan hanya pada diri mereka sahaja tetapi juga kepada peminat-peminat mereka. Abang Nara doakan agar kes mereka dapat diselesaikan secepat mungkin. Lagi bagus kalau dapat diselesaikan secara baik. Kalau dah tak boleh sangat, hanya penceraianlah jalan terakhir. Semoga jalan terakhir itu dapat dielakkan.

'Anak-Anak Tak Pernah Tanya Tentang 'Daddy' Mereka' - Rita Rudaini

13 Julai 2012

rita

Pelakon filem Balistik, Rita Rudaini mengakui kehidupannya semakin tenang selepas pulang daripada mengerjakan umrah pertengahan Jun lepas.

"Walaupun Allah menduga saya dengan masalah rumah tangga, tapi Dia bagi ketenangan dan kebahagiaan yang tidak dapat diungkapkan.

"Malah, walaupun Ramadan belum menjelma, saya dah siapkan kelengkapan raya buat saya dan anak-anak," katanya yang tidak sabar menyambut lebaran bersama dua anaknya Rayyan dan Qaqa.

Menyentuh tentang kes penceraiannya yang kini masih berjalan di mahkamah, Rita berkata, dia kini mengikut sahaja rentak permainan Aidil dan menyerahkan nasib rumah tangganya kepada takdir.

Dipetik daripada Sinar Harian, Rita turut menjelaskan bahawa anak-anak juga tidak pernah bertanya di mana Aidil memandangkan mereka lebih rapat dengannya.

"Saya dan anak-anak tidak pernah berpisah, malah jika ibu bapa saya datang pun, mereka tidak berpeluang tidur dengan anak-anak saya kerana anak-anak mahu tidur dengan saya.

"Begitu juga dengan 'daddy' mereka, walaupun dalam tempoh tujuh bulan selepas Aidil meninggalkan rumah, hanya tiga hingga empat kali Aidil pulang ke rumah, mereka tidak pernah tanya ke mana Aidil pergi," jelasnya.

Adik-Beradik Hairan, Rita Rudaini Kelihatan Lebih Ceria

13 Julai 2012

Itulah yang paling pelik jika dibandingkan dengan yang lain. Selepas beberapa isu melibatkan rumah tangga Rita Rudaini & Aidil Zafuan yang hangat diperkatakan sebelum ini, kini Rita Rudaini mengaku dia lebih gembira sekarang selepas 4 tahun berkahwin.
Rita Rudaini dalam temubualnya bersama Murai turut mengakui bahawa dia sudah tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Aidil lagi.
“Terus-terang, sampai setakat ini, saya tidak tahu apa yang Aidil mahu. Hati pun dah kebas dan tidak ada rasa apa-apa pun. Sewaktu menunaikan umrah, saya ada berdoa untuk Aidil. Doa saya adalah kalau dialah orang yang baik untuk kami sekeluarga, minta dekatkanlah kami kembali.” – Rita Rudaini.
Tabah dengan apa yang berlaku, Rita Rudaini memberitahu bahawa adik-beradiknya hairan apabila melihat dirinya yang kini semakin ceria dari sebelumnya.
“Jujurnya, selama 4 tahun berkahwin, saya tidak pernah rasa gembira macam ini. Sampaikan adik-beradik bertanya kepada saya, engkau ni tiada masalah ke?.”
Baguslah kalau begitu, bulan Ramadhan pun semakin hampir. Moga Rita dan Aidil dapat mencapai kata sepakat yang lebih baik.

Khamis, 12 Julai 2012

Rita lebih tenang setelah pulang dari Makkah

12 Julai 2012


Rita Rudaini
Rita Rudaini
Keretakan rumah tangga aktres, Rita Rudaini Mokhtar, 36, dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak, 25, bukan lagi satu rahsia.

Hubungan yang pada mulanya dibina berlandaskan cinta dan kasih, kini makin goyah.

Namun, di sebalik pergolakan demi pergolakan yang berlaku, Rita tidak sedikit pun mengeluh, apatah lagi mempersoalkan ujian ALLAH SWT buatnya.

Akui tidak sedikit pun tertekan mahu pun bersedih dengan masalah yang dihadapinya, Rita berkata, dia sangat bahagia di samping lelaki terpenting dalam hidupnya - Airit Rayyan  Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna setahun.

"Pernah ketika saya sedang mengandungkan Qaqa, saya masuk ke dalam bilik air untuk menangis kerana tidak mahu dilihat Rayyan, tapi Rayyan masuk ke dalam bilik air, duduk di riba saya dan menemani saya sehingga berhenti menangis.

"Setelah empat tahun berumah tangga dan pernah melalui dugaan sebegini sebelum ini, hati saya sudah kebal. Saya dah puas menangis dan kini saya tak rasa sedih lagi. Yang penting, saya bahagia bersama anak-anak dan mereka adalah kekuatan saya," ujarnya ketika ditemui selepas pelancaran filem Balistik, kelmarin.

Demi memastikan anak-anak tidak terabai, Rita telah meletakkan syarat kepada pihak produksi bahawa waktu bekerjanya harus berakhir pada jam 10.30 malam.

"Bukan mahu berlagak diva, tapi demi memberi masa yang adil buat anak-anak, saya sudah menetapkan waktu penggambaran untuk saya harus berakhir jam 10.30 malam.

"Buat masa ini, kesemua produksi yang bekerja dengan saya tidak ada masalah dengan syarat saya itu. Jika saya bekerja, anak-anak akan ditinggalkan dengan pengasuh di rumah.

“Tapi kalau ada penggambaran di luar Kuala Lumpur, saya akan membawa anak-anak sekali dan kami akan menginap di hotel,” katanya.


Ikut rentak Aidil

Menyentuh tentang kes penceraiannya yang kini masih berjalan di mahkamah, Rita berkata, dia kini mengikut sahaja rentak permainan Aidil dan menyerahkan nasib rumah tangganya kepada takdir.

Menurut Rita, selepas pulang dari menunaikan umrah pertengahan Jun lepas, dia menjadi lebih kuat dan tenang.

"Walaupun Allah menduga saya dengan masalah rumah tangga, tapi Dia bagi ketenangan dan kebahagiaan yang tidak dapat diungkapkan.

"Malah, walaupun Ramadan belum menjelma, saya dah siapkan kelengkapan raya buat saya dan anak-anak," katanya yang tidak sabar menyambut lebaran bersama Rayyan dan Qaqa.

Katanya, anak-anak juga tidak pernah bertanya di mana Aidil memandangkan mereka lebih rapat dengannya.

"Saya dan anak-anak tidak pernah berpisah, malah jika ibu bapa saya datang pun, mereka tidak berpeluang tidur dengan anak-anak saya kerana anak-anak mahu tidur dengan saya.

"Begitu juga dengan daddy mereka, walaupun dalam tempoh tujuh bulan selepas Aidil meninggalkan rumah, hanya tiga hingga empat kali Aidil pulang ke rumah, mereka tidak pernah tanya ke mana Aidil pergi," jelasnya.


Dilamar Rosyam Nor

Berkongsi perkembangan seninya, Rita yang kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Balistik mengakui berasa teruja apabila dilamar Rosyam Nor untuk membintangi filem terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd dan Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF).

Katanya, sejak dulu lagi, dia tidak pernah menolak lamaran Rosyam, biarpun watak kecil sekali pun.

"Kalau terima tawaran, saya akan lihat dahulu bagaimana jalan cerita, pengarah dan pelakon. Saya akui sangat selektif memilih tawaran lakonan.

"Pertama kali Rosyam tawar saya berlakon drama Rozana, dia buat saya jadi lebih bagus. Kemudian, bila dia tawar berlakon drama terbitannya, tawaran itu tidak pernah mengecewakan. Jadi, bila dia tawar saya berlakon Balistik, saya tidak teragak-agak untuk terima," katanya.

Biarpun pernah meletakkan karier lakonan di tempat kedua sebelum ini, Rita kini terpaksa aktif kembali dalam lakonan demi mencari nafkah buat anak-anak.

"Saya meletakkan karier dan keluarga, 50-50. Tapi, saya bersyukur kerana masih diterima peminat dan ada peminat yang kata saya seperti wajah eksklusif. Susah nak lihat saya muncul di kaca televisyen, tapi bila saya muncul, mereka pasti akan menonton lakonan saya,"
katanya yang merancang untuk menceburi bidang perniagaan dalam masa terdekat ini.

Balistik Gabungkan Pelakon Popular Melayu & Cina

12 Julai 2012

balistik

Suhan Movies, produksi milik pelakon terkenal, Rosyam Nor kembali memeriahkan industri perfileman tempatan apabila memperkenalkan filem terbarunya berjudul, Balistik.

Balistik merupakan sebuah filem aksi yang mengangkat tema gangsterism dengan suntikan drama dan kasih sayang selain membawa mesej tersendiri kepada penonton tempatan.

Filem ini akan dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl, Dato' Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan.  

Rosyam Nor nyata optimis dengan filem ini berdasarkan kelainan yang dibawakan selain menyambung kesinambungan di atas kejayaan filem terdahulunya iaitu Castello sebelum ini.

Sinopsis

Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar).

Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.

Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil.
 
Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.

Rosyam Mahu Pasarkan Balistik Ke Hong Kong, Taiwan & Thailand

12 Julai 2012

Rosyam Mahu Pasarkan Balistik Ke Hong Kong, Taiwan & Thailand


Negara kita akhir-akhir ini dihujani dengan pelbagai filem aksi. Namun, adakah filem aksi tempatan hanya layak disiarkan dalam negara sahaja?

Baru-baru ini, syarikat produksi Suhan Movies & Trading dengan kerjasama Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF) melancarkan filem aksi Balistik yang menyaksikan gabungan pelakon Melayu dan Cina tanah air.

Pengarah Urusan Suhan Movies & Trading, Rosyam Nor menyatakan gabungan dua bangsa ini diharapkan dapat menarik lebih ramai penonton di kalangan bangsa Melayu dan Cina.

“Saya harapkan sekurang-kurangnya, 30% penonton berbangsa Cina akan menonton filem ini di panggung,” kata Rosyam Nor di majlis pelancaran filem aksi Balistik di Subang Jaya.

Selain itu, kerjasama dengan ATF juga membuka peluang untuk filem ini dipasarkan ke luar negara.

“Suhan Movies & Trading bertanggungjawab memasarkan filem ini ke seluruh negara. Tapi dengan kerjasama ATF, kami mencari peluang untuk memasarkan Balistik ke Hong Kong, Taiwan dan Thailand,” kata Rosyam Nor.

Rosyam menambah, ATF berhasrat untuk mengajak artis Malaysia berlakon untuk pasaran luar negara.

“Selepas filem Balistik, diharap lebih banyak filem-filem tempatan yang dapat dipasarkan ke luar negara,” katanya.

Filem Balistik dilakonkan oleh Adi Putra, Rita Rudaini, Rosyam Nor, Jack Lim, Jeff dan Gan Mei Yan.

55% Adegan Filem Balistik Gunakan Senjata

12 Julai 2012

55% Adegan Filem Balistik Gunakan Senjata


Setelah kejayaan filem Castello pada 2004, Rosyam Nor sekali lagi mempertaruhkan filem aksi terbaru terbitan syarikat produksinya, Suhan Movies & Trading dengan kerjasama Asia Tropical Films Sdn Bhd (ATF).

Filem bertajuk Balistik ini menampilkan barisan pelakon seperti Adi Putra, Rita Rudaini, Rosyam Nor dan ramai lagi.

Menurut Rosyam Nor, filem ini lebih menonjolkan babak pergaduhan yang menggunakan senjata.

“Tak seperti filem aksi yang lain yang lebih banyak babak pergaduhan secara fizikal, filem ini 55% menggunakan senjata,” kata Rosyam di majlis pelancaran filem Balistik di Subang Jaya, baru-baru ini.
Rosyam Nor menyatakan dia agak fobia untuk menerbitkan filem. Namun, dia mempunyai matlamat sebagai seorang penerbit.

“Saya dah tak mahu menerbitkan filem cinta. Tambahan pula, akhir-akhir ini penonton gemar menonton filem aksi,” kata Rosyam.

Diarahkan oleh Silver, filem ini mengenai Saga (Rosyam Nor) seorang pembunuhan upahan dan juga suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar). Kegiatan aktif Saga sebagai pembunuh mamaksa dia untuk berpisah dengan Salina. Namun, anaknya dibawa bersama.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu Salina telah berkahwin dengan Nizam (Ady Putra).

Walaupun filem ini mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism, namun masih ada elemen cinta dan kasih sayang.

Rita Hadkan Aktiviti Lakonan Hingga Pukul 10.30 Malam

12 Julai 2012

Rita Hadkan Aktiviti Lakonan Hingga Pukul 10.30 Malam


Walaupun kemelut rumahtangganya belum berakhir, namun Rita Rudaini menegaskan kini, dia lebih bahagia bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin (3 tahun) dan Airit Rafqa Arjuna (1 tahun).

“Hidup saya kini untuk anak. Kalau tiada anak, saya tak boleh hidup,” kata Rita ketika ditemui di majlis pelancaran filem aksi Balistik di Subang Jaya baru-baru ini.

Rita yang kini sibuk dengan penggambaran filem Balistik menyatakan dia akan sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama anak-anak.

“Saya hanya akan terima tawaran berlakon sekiranya waktu penggambaran tak lebih dari pukul 10.30 malam. Walau sibuk macam mana pun, saya mesti luangkan masa bersama anak,” tambah Rita.
Menyentuh soal persiapan Aidilfitri, kata Rita, segalanya telah siap.

“Segala persiapan telah tersedia. Saya telah sediakan dua pasang baju melayu untuk anak dan empat pasang baju kurung moden untk diri sendiri. Saya pun tak tahu kenapa saya sangat teruja nak sambut raya tahun ni,” kata Rita.

Baru-baru ini, Rita dan suami, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, dinasihatkan oleh mahkamah untuk menyelesaikan masalah mereka secara baik.

“Rita dah tak tahu nak rasa apa. Hati dah kebas,” tambah Rita merujuk pada masalah rumahtangganya.

Hati Rita Rudaini Sudah Kebas Buat Aidil

12 Julai 2012

Hati Rita Rudaini Sudah Kebas Buat Aidil


KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2012: Mengakui hatinya sudah kebas dengan Aidil Zafuan, Rita Rudaini dia kini pasrah dengan apa yang bakal dilaluinya pada masa akan datang. Malah, Rita akui dia sendiri tidak pasti apa kehendak suaminya selepas 4 tahun mereka melayari bahtera perkahwinan bersama.

"Terus-terang, sampai setakat ini, saya tidak tahu apa yang Aidil mahu. Hati pun dah kebas dan tidak ada rasa apa-apa pun. Sewaktu menunaikan umrah, saya ada berdoa untuk Aidil. Doa saya adalah kalau dialah orang yang baik untuk kami sekeluarga, minta dekatkanlah kami kembali.

"Sekarang ini saya tidak mahu fikirkan apa-apa. Apapun keputusan yang diambil Aidil nanti, saya akan terima dan saya akui kehidupan saya kini lebih gembira dan bahagian.

"Jujurnya, selama 4 tahun berkahwin, saya tidak pernah rasa gembira macam ini. Sampaikan adik-beradik bertanya kepada saya, engkau ni tiada masalah ke?," katanya kepada murai.com.my.

Dengan lebih tegas lagi, Rita Rudaini menasihatkan kepada semua wanita agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan payung sebelum hujan seandainya mereka mahu mendirikan rumahtangga.

"Wanita zaman sekarang kena bersiap sedia dari awal-awal lagi. Walaupun bersuami, anda kena ambil langkah berjaga-jaga. Ianya supaya anda tidak kecewa dan susah di kemudian hari.

"Sejujurnya, anak-anak lebih rapat dengan saya berbanding dengan Aidil. Ada masa saya sendiri yang kena menyuruh anak-anak saya salam dengan Aidil semasa dia pulang ke rumah.

"Apapun, sekarang ini, saya tidak ada memikirkan soal pengganti Aidil. Apa yang saya fikir hanyalah anak-anak saya," jelasnya yang bakal muncul dengan filem terbaru berjudul Balistik.

Dalam pada itu, Rita Rudaini menjelaskan, dia tiada masa untuk memikirkan soal kahwin lagi.

"Saya pun kembali aktif berlakon kerana mencari rezeki buat anak-anak bukannya hendak mencari glamor. Alhamdulillah, setakat ini anak-anak saya tidak banyak meragam. Saya pun berharap, apabila besar nanti mereka akan faham dengan apa yang terjadi sekarang ini," ujarnya.

Rita Rudaini Boleh Mengamuk Kerana Anak?

12 Julai 2012

Rita Rudaini Boleh Mengamuk  Kerana Anak?


KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2012: Pelakon cantik, Rita Rudaini yang sedang menanti keputusan kes penceraiannya bersama pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, memberitahu dia tidak akan berdiam diri seandainya ada individu yang cuba melakukan hal tidak elok terhadap anaknya.

Malah, Rita yang dijumpai tatkala pelancaran filem Balistik di Holiday Villa, Subang Jaya, petang semalam memberitahu hidupnya kini hanyalah untuk anaknya saja.

"Saya akan mengamuk serta naik hantu kalau ada orang buat tidak betul dengan anak-anak saya. Sekarang ini,saya berikan 50 % komitmen untuk kerja dan 50% lagi untuk anak.

"Dulu, saya memang pernah mengatakan meletakkan keluarga di tangga yang pertama dan karier di tangga kedua. Namun, dengan apa yang berlaku sekarang ini, saya terpaksa menukarkannya.

"Bagaimanapun, anak tetap nombor satu. Semua harus faham, dulu saya berkongsi mencari rezeki tetapi sekarang saya kena uruskannya seorang diri," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Rita tidak menafikan terasa sangat bahagia dengan kehidupannya pada waktu ini biarpun diancam dengan kes rumahtangga yang masih belum ada jawapan pasti.

"Sepanjang 4 tahun meniti alam perkahwinan, sekarang inilah baru saya rasa sangat bahagia sekali. Saya bahagia kerana ada anak. Saya juga tidak boleh berpisah dengan anak saya. Mereka berdua pun sangat rapat dengan saya .Mereka tidak boleh tidur jikalau tidak menyentuh saya.

"Sejak mereka kecil lagi, saya tidak pernah berpisah dengan mereka walaupun saya ada shooting. Saya tetap membawa mereka walaupun saya terpaksa shooting di luar Kuala Lumpur," jelasnya.

Sementara itu, setiap kali Rita ada kelapangan dan tidak mempunyai komitmen kerja, dia akan membawa anak-anaknya bersiar-siar ke pusat beli-belah.

"Saya tidak pernah duduk lama di rumah. Sekiranya saya tiada kerja, seharianlah saya akan membawa anak-anak saya berjalan-jalan. Demi anak-anak, saya sanggup buat apa saja. Saya tidak boleh hidup tanpa anak saya.

"Saya akan belikan apa saja barang yang diminta anak walaupun ianya mahal. Sebabnya, perkara berdua yang membuat saya rasa bahagia," ujarnya.

Hasil perkahwinan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan selama 4 tahun, mereka telah dikurniakan 2 cahayamata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Rabu, 11 Julai 2012

Rita & Aidil Dinasihat Berbincang

11 Julai 2012

Rita

Pasangan pelakon popular, Rita Rudaini dan suaminya, pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd. Radzak dinasihatkan oleh Mahkamah Syariah Daerah Petaling untuk berbincang secara baik bagi menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad berkata, pasangan itu sewajarnya berbuat demikian bersempena menyambut kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.

Dipetik daripada sebuah portal berita, peguam Syarie Rita Rudaini, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain menjelaskan bahawa anak guamnya bersedia untuk berbincang secara baik dengan plaintif (Aidil) menerusi perintah mahkamah dan dibawah seliaan peguam masing-masing.

Keputusan yang dibuat oleh mahkamah turut dipersetujui oleh Peguam Syarie plaintif, Ahmad Nazib Johari yang berkata bahawa perbincangan boleh dilakukan sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membincangkan masalah secara keseluruhan dan bukannya tertumpu kepada tuntutan yang dibuat sahaja.

Pada 16 Mei lalu, Aidil telah menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.

Selasa, 10 Julai 2012

Aidil Buat Kes Seperti Main Bola

11 Julai 2012



Aidil Buat Kes Seperti Main Bola


Petang semalam telah berlangsungnya kes bantahan yang dikemukakan oleh pelakon Rita Rudaini Mohktar terhadap permohonan kembali taat (nusyuz) yang difailkan suaminya, Aidil Zafuan Abd Razak di Mahkamah Syariah Daerah Petaling, pada 16 Mei lalu.

Ketika prosiding berlangsung, peguam Rita, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain telah mempersoalkan mengenai ketidakhadiran plaintif pada petang itu memandangkan pada prosiding 18 Jun lalu, pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia ini turut tidak hadir ke mahkamah yang sama.

Malah, pada pagi yang sama, kelibat Aidil turut tidak kelihatan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi kes hak lawatan anak-anak yang difailkannnya pada 20 Jun lalu. Menurut Datuk Mohd Zaidi Md. Zain, tindakan Aidil itu seolah-olah menganggap kes mereka ini seperti bermain bola.

“Saya bercakap begitu kerana kejap plaintif fail kes di Seremban dan kejap fail di Selangor. Jadi kita nak tahu dia tinggal di Seremban ke atau Selangor sebenarnya. Kemudian kejap nak cerai kejap tak nak cerai, itulah saya kata macam hantar bola.

“Mahkamah bukan tempat yang boleh buat macam itu dan ini menunjukkan seolah-olah plaintif bermain dengan undang-undang dan prosedur mahkamah seperti bermain bola,” ujar beliau ketika ditemui sejurus selesai prosiding.

“Kita nak komen lebih pasal pihak sana pun tak ada hak juga, biarlah dia jawab dengan mahkamah. Bagi saya, komitmen Rita sangat bagus. Tidak pernah dia tak hadir ke mana-mana prosiding. Walaupun ia hanya kes sebutan pun, dia akan datang juga, jadi saya tabik dengan komitmen dia.”

Ketika prosiding berlangsung, Hakim Syarie, Tuan Wan Mahyuddin Bin Wan Muhammad turut bertanya kepada peguam Aidil, Ahmad Nazib Johari mengenai ketidakhadiran anak guamnya dan beliau menjawab, “Pertama, prosiding ini adalah merupakan tarikh sebutan bagi memastikan dokumen defendan difailkan ke mahkamah.
“Kedua, anak guam saya tidak mendapat pelepasan pada petang ini kerana terikat dengan latihan bola sepak bagi persediaan menentang Arsenal pada 24 Julai depan. Jika pada tarikh akan datang masih juga sebutan, kita minta pihak mahkamah mengecualikan anak guam saya hingga ke tarikh keputusan. Kami juga perlu sedikit masa dalam tempoh 14 hari untuk memberi jawapan mengenai bantahan yang dibuat oleh pihak defendan.”

GUA sempat bertanya kepada Rita mengenai jalan penyelesaian secara baik yang dicadangkan oleh Tuan Hakim iaitu melalui perbincangan antara kedua-dua belah pihak, namun pelakon drama ‘Ameera’ ini tidak mahu mengulas lanjut kerana mahu menghormati prosiding mahkamah.

Namun, peguam yang mewakili Rita memberitahu, “Perbincangan ini kena ada persetujuan dari kedua-dua pihak. Tak guna kalau Rita nak, dia tak nak, jadi benda ini tak kan jadi. Malah, nak masuk perbincangan juga kena ada garis panduan. Jangan hanya bincang untuk kepentingan sebelah pihak saja manakala masalah lagi satu pihak tidak diselesaikan. Kalau boleh, Rita mahu perbincangan ini dibuat secara adil,” ujarnya mewakili Rita.

Ditanya mengenai isu tuntutan setengah juta yang dinyatakan oleh peguam Aidil ketika prosiding berlangsung, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain sambil ketawa memberitahu, “Saya pun tak tahu tentang isu tuntutan itu, kena tanya dia sendiri. Bagi saya, dia dah tak ada modal lah tu sebab anak guam dia tak datang. Sebelum ini, Rita tak pernah sebut pun setengah juta, tiba-tiba saja isu ini disebut.”

Kes bantahan hak lawatan anak-anak di Mahkamah Tinggi Shah Alam akan ditangguhkan pada 25 September 2012 manakala kes bantahan nusyuz pula ditangguh pada 7 Ogos 2012, di Mahkamah Syariah Daerah Petaling.

Rita & Aidil Dinasihat Bincang Kes Secara Baik

11 Julai 2012

Rita & Aidil Dinasihat Bincang Kes Secara Baik

Hakim Syarie, Tuan Wan Mahyuddin bin Wan Muhammad menasihati pasangan suami isteri, pelakon Rita Rudaini dan pemain bolasepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak supaya mengadakan satu perbincangan bersama bagi menyelesaikan kemelut rumahtangga mereka secara baik.

Perkara ini diusulkan oleh beliau ketika prosiding mahkamah yang berlangsung di Mahkamah Syariah Daerah Petaling petang tadi.

“Untuk kebaikan bersama, eloklah berbincang supaya dapat memberi contoh kepada semua. Pihak ini merupakan seorang yang dikenali ramai, jadi eloklah sekiranya diselesaikan dengan cara baik. Jika kita bagi contoh yang baik, InsyaAllah akan diikuti oleh orang lain.”



Sewaktu prosiding berlangsung kira-kira jam 3 petang, tuan hakim turut bertanya kepada pihak defendan iaitu Rita sama ada beliau bersedia untuk berbincang secara baik dengan pihak plaintif dan Rita menjawab, “Saya bersedia untuk berbincang tapi atas arahan mahkamah,” ujar Rita ringkas.

Menjawab permintaan hakim yang meminta kedua-dua pasangan itu mengadakan perbincangan, peguam yang mewakili Rita, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain berkata, “Sewaktu plaintif menfailkan permohonan cerai, kami sudahpun mencadangkan satu perbincangan menerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk menyelesaikan kes ini secara baik.



“Namun, sehingga kini tiada perbincangan yang dilakukan kerana pihak defendan enggan mengadakan pertemuan dengan JKP atas alasan tidak mahu campur tangan dari pihak ketiga.”

Hakim kemudiannya bertanyakan kepada peguam plaintif, Ahmad Nazib Johari sama ada pihak mereka bersedia mengadakan perbincangan bersama dan beliau menjawab, “Sememangnya pihak kami membuka seluas-luasnya pintu perbincangan. Cuma masalahnya pihak defendan hanya membincangkan tentang tuntutan hampir setengah juta yang mereka minta.

“Kalau perbincangan ini hanya melibatkan tentang tuntutan sebanyak itu, adalah sukar untuk dibincangkan serta menyelesaikan kes mereka. Bagi kami, perbincangan ini boleh diteruskan melainkan mereka melihat bahawa bukan tuntutan yang mejadi isu perbincangan nanti."



Bagi memberi tempoh kepada pasangan ini mengadakan perbincangan, hakim kemudiannya menangguhkan kes ini pada 7 Ogos depan, jam 9.30 pagi. Sebelum mengakhiri prosiding, beliau memberitahu, “Mahkamah berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Kalau rasa tak boleh lagi bersama, boleh bercerai secara baik, tiada apa-apa halangan dari pihak mahkamah.

“Jika tertangguh lagi dalam tempoh lama, kemudian akan banyak lagi kes yang terpaksa dihadapi, jadi banyak lagi masa yang diambil. Namun pada masa sama yang buruknya, ianya menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat. Jadi, mahkamah berharap dengan berkat bulan Ramadhan, akan ada perjanjian penyelesaian nanti oleh pasangan ini.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...