Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 16 Mac 2012

LEDAKAN sulung Aidil bantu ATM kekal dominasi di persada liga

17 March 2012


AIDIL Zafuan Abd Radzak memilih detik yang tepat untuk meledakkan jaringan sulungnya musim ini untuk menyelamatkan satu mata buat Angkatan Tentera Malaysia yang diikat 2-2 oleh Majlis Perbandaran Muar di Stadium Sultan Ibrahim, Muar dalam saingan Liga Perdana semalam.
Ketika ATM kelihatan di ambang kekalahan kedua musim ini, Aidil memanfaatkan sepakan percuma Azmi Muslim pada minit ke-58 untuk memastikan ATM kekal sebagai peneraju Liga Perdana.
Ia adalah keputusan seri pertama buat ATM yang sebelum ini meraih tujuh kemenangan dalam lapan perlawanan sebelum ini.
Jaringan pertama pertahanan kebangsaan itu musim ini menyusul selepas tuan rumah mengancam untuk mencipta kejutan apabila mendahului 2-1 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Mohammad Ezaidy (m-10) dan Khairul Anwar (m-29).
A Varanthan meneruskan rentetan cemerlangnya musim ini apabila menjaringkan gol keduanya, selepas membuka akaun jaringannya minggu lalu dalam kemenangan 4-0 ke atas USM untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-15.
Turun tanpa tiga tonggak, penjaring terbanyak, Hairuddin Omar, Marlon Alex James dan Irwan Fadzli Idrus, ATM menyandarkan harapan kepada kembar Aidil, Zaquan Adha yang bergandingan dengan pelatih kebangsaan, Venice Elphi Danny Kaya dan Christie Jayaseelan dalam serangan tiga serangkai.
Barisan pertahanan diperkuatkan dengan kepulangan seorang lagi pelatih kebangsaan, Amirizdwan Taj Tajudin yang kembali selepas diberikan pelepasan untuk berkabung atas pemergian ayahnya tatkala Rezal Zambery Yahya diberikan tanggungjawab lilitan lengan dalam ketiadaan Hai-O yang mengalami kecederaan hamstring.
“Ia adalah detik yang tepat untuk menjaringkan gol pertama saya musim ini. Saya jarang menjaringkan gol kerana lebih menumpukan usaha untuk menghalang lawan menembusi gawang kami,” kata Aidil.
“Jurulatih (B Sathianathan) meletakkan sasaran untuk hanya bolos 6 gol dalam liga musim ini, tetapi kami sudah bolos 7 gol ketika ini. Keadaan ini tidak boleh dielakkan, namun kami akan berusaha untuk memastikan gawang tidak dibolosi pada perlawanan akan datang.
Aidil selepas ini akan mengalihkan perhatian kepada tugasan skuad kebangsaan yang dalam misi mempertahankan Piala AFF di tanah air pada akhir tahun ini.
“Saya akan kembali menyertai rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Isnin ini. Saya mahu memanfaatkan tempoh kem latihan kebangsaan kali ini selepas diketepikan akibat kecederaan pada kem latihan sebelum ini,” katanya yang terbang bersama skuad K Rajagobal ke Kuching untuk berdepan Sarawak, Sabtu depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...