Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 30 April 2011

Rezeki anak baru

01 Mei 2011


AIRIT Rafqa Arjuna anak kedua pasangan Rita dan Aidil.



SERONOK betul bila dapat berita gembira mengenai artis-artis kita yang dah selamat menimang cahayamata. Pada kesempatan ini, Joyah nak ucapkan

tahniah kepada Rita Rudaini dan suaminya, Aidil sebab akhirnya putera yang dinanti hadir jua. Rita selamat bersalin seorang putera yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna pada pukul 1.30 tengahari Jumaat kelmarin.

Selain Rita, bekas isteri penyanyi Akhil Hayy, Maizawati Zainal juga telah melahirkan bayi lelaki comel bernama Muhammad Qhabel Izz Qhushairy. Amboi nama anak dia, kalah hero hindustan tau.

Begitu juga dengan Sazzy Falak dan suaminya, Nazril Idrus. Joyah dengar nama anak kembar perempuan mereka pun comel. Iman Lily dan Tiara Rose nama diberi. Ringkas dan mudah disebut. Tak macam sesetengah orang, letak nama anak panjang-panjang, sampai tergeliat lidah kita nak menyebut.

Nasihat Joyah kepada artis-artis yang baru dapat anak ni, nanti buat majlis kesyukuran janganlah terlebih-lebih pula ya. Buat sekadar berpada-pada sajalah, supaya orang tak kata menunjuk-nunjuk sangat macam sesetengah artis lain yang sanggup ke sana-sini mencari tajaan. Bukan Joyah nak menghina, tapi macam tak kena saja.

Rita & Aidil Bersyukur Dengan Kelahiran Arjuna

01 Mei 2011


Pasangan pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 35 tahun, dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan, 24 tahun menerima kehadiran cahayamata keduanya apabila Rita selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court Jumaat lalu.


Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2 petang. Kedua-duanya, ibu dan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.

Pasangan tersebut sebelum ini dikurniakan seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.

Hubungan Rita dan suaminya berdepan dengan cabaran awal tahun ini, namun ia tidak sedikit pun menggugat hubungan pasangan suami isteri ini. Kelibat Rita juga tidak kelihatan di majlis perkahwinan iparnya, Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah baru-baru ini. 

Jumaat, 29 April 2011

Rita Rudaini Hamil Anak Kedua, Rela Mengalah Dengan Keluarga Aidil

30 April 2011


Padan’lah Rita Rudaini kebelakangan ini emosi tidak menentu, rupanya beliau disahkan hamil anak kedua dan akui tertekan dengan sikap keluarga Aidil yang kerap campur tangan dalam hal peribadi keluarga beliau. Rita berkata dia membayangkan keluarga Aidil dapat menerimanya ketika anak pertamanya dilahirkan, namun selepas hampir dua tahun dan kini hamil anak kedua, keluarga Aidil masih tidak dapat menerima dirinya.
Rita menegaskan lagi bahawa dia cuma ingin bahagia seperti wanita berkeluarga yang lain. Tidak pernah berniat untuk merampas Aidil daripada keluarga, cukuplah sekadar Aidil pandai membahagikan kasih sayang terhadap keluarga dan dirinya. Tambahnya lagi, dia sedia untuk beralah dengan keluarga Aidil, asalkan tiada lagi fitnah dilemparkan kepadanya. Cuma, berikan masa untuk seketika agar hatinya benar-benar pulih untuk berbaik dengan keluarga Aidil, dan bukan atas dasar paksaan.
Setakat ini, nampaknya hati keluarga Aidil sudah terbuka untuk menerima Rita apabila mereka sudi berkunjung ke kampungnya di Perlis. Kata Rita lagi, ‘keluarganya di kampung sudah lama menunggu kunjungan keluarga mertua, kecil tapak tangan, Stadium Medeka kami tadahkan.’
Aidil gembira dengan kehadiran anak kedua
Aidil Zafuan amat gembira dengan kehadiran anak kedua meski pun pelbagai kontroversi dalaman melanda mereka. Akui dirinya masih terlalu sayangkan Rita dan anaknya, dan pada masa yang sama menghormati kedua ibu bapanya.
Kata-kata Aidil seterusnya boleh membuatkan anda terharu, “Sebagai ketua keluarga, saya tetap berusaha perlahan-lahan memulihkan hubungan isteri dan keluarga. Saya sayangkan isteri, dalam masa yang sama, saya hormati ibu bapa saya. Impian saya mahu pertemukan Rita, keluarga mentua dan keluarga saya.
“Insya-Allah, saya mahu mereka berdamai. Saya percaya perbalahan tidak akan selesai jika masih berbalas kenyataan di akhbar, ia akan mengeruhkan hubungan.
“Kami sudah berbincang dari hati ke hati, Rita tidak kisah beralah, asalkan rumah tangga kami terpelihara. Apa yang saya nak tekankan di sini, tidak terdetik di hati kami nak bercerai seperti tersebar dalam internet.
“Walau apa pun yang berlaku, kami reda dan sanggup mengharungi suka duka bersama demi anak-anak kami. Berpisah jauh sekali,” katanya tenang.

Khamis, 28 April 2011

Astro Arena rai kecemerlangan atlet di pentas sukan

29 April 2011



MENDAPAT PENGIKTIRAFAN: Sebahagian daripada para atlet yang dilantik sebagai Duta dan Legenda Terbaru Astro Arena malam kelmarin.
KUALA LUMPUR: Saluran Astro Arena telah mengadakan Malam Keraian Sukan Malaysia sempena dengan sambutan ulang tahun pertamanya yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.
Pada majlis gilang-gemilang itu, beberapa atlet yang pernah mengharumkan nama negara dalam bidang sukan dipilih untuk memenangi beberapa kategori seperti Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan, Atlet Wanita Pilihan Berpasukan, Atlet Muda Pilihan, Kebangkitan Pilihan dan Anugerah Meja Sukan Pilihan (Media Cetak).
Kategori Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan dimenangi oleh Safee Sali (bola sepak) diikuti Nur Ayuni Abd Halim (menembak) bagi kategori Atlet Wanita Pilihan Berpasukan sementara atlet angkat berat, Amirul Hamizan Ibrahim memenangi kategori Kebangkitan Pilihan.
Seorang lagi atlet iaitu Khairul Fahmi Che Mat (bola sepak) dipilih untuk memenangi kategori Atlet Muda Pilihan manakala akhbar Kosmo telah menerima Anugerah Meja Sukan Pilihan (Media Cetak).
Sementara itu, seramai 22 orang atlet turut dipilih sebagai Duta Terbaru Astro Arena dan sembilan lagi atlet dipilih sebagai Legenda Terbaru Astro Arena.
Mereka yang dilantik sebagai duta ialah Alex Liew (boling), Azizulhasni Awang (lumba basikal), Azlan Iskandar (skuasy), Bryan Nickson (terjun), Daniel Bego (renang), Khairul Fahmi Che Mat (bola sepak), Datuk Lee Chong Wei (badminton), Leong Mun Yee (terjun), Low Wee Wern (skuasy), P.Mariappan (paralimpik, angkat berat), Aidil Zafuan Abdul Razak (bola sepak), Zaquan Adha Abdul Razak (bola sepak), Safee Sali (bola sepak) serta Datuk Nicol David (skuasy).
Atlet-atlet lain yang turut dilantik ialah Nor Shahrul Idlan Talaha (bola sepak), Nur Suryani Mohd Taibi (menembak), Pandelela Rinong (terjun), S.Kumar (hoki), Suhan Kumar (kriket), Yamini Gopalasamy (karate), Zandra Aziela (boling) dan Zamri Baba (Cub Prix).
Manakala Lagenda Terbaru Astro Arena yang dipilih ialah Ishtiaq Mubarak (olahraga), Marina Chin (olahraga), Tan Sri Dr. M.Jegathesan (olahraga), Mirnawan Nawawi (hoki), Datuk Misbun Sidek (badminton), Datuk Rahim Razali (pengulas sukan), Datuk Soh Chin Aun (bola sepak), Datuk R.Yogeswaran (hoki) dan R.Puvaneswaran (karate).
Astro Arena telah mengadakan sambutan selama sebulan bagi meraikan ulang tahunnya dan kemuncaknya pada majlis itu adalah memberi pengiktirafan kepada jagoan sukan negara.
Saluran itu turut membuka peluang kepada rakyat di negara ini untuk mengundi para atlet pilihan mereka di mana sebanyak 12,582 pengundi telah mengundi untuk anugerah yang pertama dianjurkan seumpama ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar, Pengerusi Astro Malaysia Holdings Sdn Bhd, Dato’ Badri Masri serta para tetamu kehormat yang lain.
Astro Arena merupakan satu-satunya saluran sukan tempatan yang bersiaran selama 24 jam dengan menfokuskan perkembangan sukan dan atlet di negara ini dan disampaikan sepenuhnya dengan menggunakan Bahasa Malaysia.

Rabu, 27 April 2011

Akademi Fantasia VS Harimau Malaya

28 April 2011



Ini dye hadiah yang admin janjikan.. hehehe
Sorry lah buat korang tertunggu - tunggu... hehehe...
Video ni hadiah utk korang yang tak tgk lagi semalam...
Mungkin bagi korang ini bukan hadiah...
Tp bgi admin ini hadiah yang admin janjikan...
Kepada peminat AIDIL ZAFUAN & ZAQUAN ADHA...


Seperti yang telah Admin janjikan...
Ini dia Video yang admin dapat...
Untuk Diberikan kepada Peminat AIDIL ZAFUAN & ZAQUAN ADHA
Yang tidak dapat tengok Video ini...
Atas sebab - sebab tersendiri...

Berita pasal dorang 17.53 - 19.58 :)

Lena :: Fina, Erul, Azri, Aidil Zafuan dan Zack.
Nera :: Raqib, Hazama, Afif, Safee Sali, Zaquan Adha dan Zamir.


Kumpulan Menang :: Kumpulan Lena :: 


Video daripada GuaTv

AKADEMI FANTASIA VS HARIMAU MALAYA

27 April 2011

 



Dalam kesibukan 9 pelajar Akademi Fantasia 9 berlatih lagu tugasan, mereka berpeluang meluangkan masa bersama pasukan Bola Sepak Kebangsaan, Harimau Malaya bermain futsal di Ferro Futsal, Subang Jaya. Aktiviti riadah ini turut disertai oleh Minuman Rasmi Akademi Fantasia 9, Power Root yang sudi mengendalikan perlawanan persahabatan futsal ini.


Beberapa ahli pasukan Bola Sepak Kebangsaan, Harimau Malaya seperti Aidil Zafuan, Zaquan Adha serta Safee Sali yang pulang ke Kuala Lumpur sudi menyertai pasukan Akademi Fantasia dalam perlawanan ini. Aktiviti ini juga turut disertai oleh Zamir daripada pasukan Harimau Muda serta bekas pemain kebangsaan, Zack. Mereka semua dibahagikan kepada 2 pasukan yang dipilih sendiri oleh Lena dan Nera untuk pasukan masing-masing. Pasukan Lena disertai oleh Fina, Erul, Azri, Aidil Zafuan dan Zack, manakala pasukan Nera disertai oleh Raqib, Hazama, Afif, Safee Sali, Zaquan Adha serta Zamir.


Perlawanan berlangsung dengan begitu sengit dengan beberapa percubaan menjaringkan gol oleh kedua-dua pasukan gagal disempurnakan. Aksi rebut-merebut bola antara Nera dan Lena juga berlaku namun berlalu tanpa sebarang kecederaan. Akhirnya beberapa gol telah dijaringkan dan kemenangan berpihak kepada salah satu pasukan. Pasukan mana yang menang? Saksikan malam ini.


Dalam kemeriahan perlamawan persahabatan ini, Kay yang tidak sihat turut serta menyaksikan mereka semua bermain futsal hanya dari tepi. Pasukan manakah yang telah memenangi acara ini? Siapa pula yang telah dinobatkan sebagai pemain terbaik oleh Safee Sali? Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria.
Sorry guys baru dpt berita ni... Rasanya ulangan utk Dairi Akademi Fantasia 9 pada pukul 11.30 malam ini... :) 

Selasa, 26 April 2011

Zaquan akur terlepas aksi kelayakan Piala Dunia

27 April 2011


SUBANG JAYA -Setelah dibelenggu kecederaan lama yang berulang, penyerang Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Razak mengambil sikap berhati-hati dalam menangani masalah kecederaannya.

Zaquan, yang mengalami kecederaan lutut atau anterior cruciate ligament (ACL) terpaksa berehat panjang sehingga Oktober ini setelah menjalani pembedahan, dua minggu lalu atas nasihat doktor.

Dia mengakui tidak mahu 'berputih mata' lagi setelah tidak dapat beraksi pada kejohanan Piala Suzuki AFF tahun lalu, yang menyaksikan Malaysia muncul juara.

"Saya kecewa kerana tidak dapat beraksi pada Piala AFF dan kecederaan yang berulang sekali lagi menyebabkan saya terlepas peluang mewakili Malaysia pada perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan.

"Atas nasihat doktor, saya memutuskan lebih baik menjalani pembedahan kerana saya perlu memikirkan masa depan karier saya untuk tempoh jangka panjang," katanya di sini, kelmarin.

Zaquan menyertai perlawanan persahabatan bersama para pelajar Akademi Fantasia 9 anjuran Mizi Sports Centre di gelanggang Ferro Futsal di sini.

Malaysia akan menentang Taiwan pada perlawanan pertama di tempat sendiri, 29 Jun ini sebelum berlepas ke gelanggang lawan bagi mengharungi perlawanan kedua pada 3 Julai.

Sebelum itu, pasukan kebangsaan akan turun dalam aksi persahabatan menentang Hong Kong pada 3 Jun ini.
Menurut Zaquan, dia juga tidak rela hampa terlepas aksi Piala AFF pada tahun depan.

Untuk memastikan hasratnya tercapai, dia perlu mengorbankan peluangnya bermain dalam pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Taiwan memandangkan dia perlu menjalani sesi pemulihan yang panjang.

"Tak mengapalah saya terlepas aksi untuk pusingan kelayakan kerana saya berpendapat pada tahun depan banyak perlawanan yang penting membabitkan pasukan kebangsaan dan ketika itu, saya pasti sudah kembali cergas," ujarnya.

Mengena Negeri Sembilan yang kini mengalami kemerosotan, Zaquan memberitahu, dia sendiri sukar untuk mengulas mengenai masalah yang membelenggu mereka.

"Tiada masalah di kalangan pemain, saya sendiri tidak tahu puncanya, tetapi saya yakin kami mampu bangkit dengan bantuan serta sokongan jurulatih kami, cuma masa sahaja yang menentukan," katanya.

Isnin, 25 April 2011

Sambutan Ulang Tahun Pertama Astro Arena Meriah

26 April 2011


Image © D5
Para tetamu VIP dan pemenang anugerah bersama para atlit Duta dan Lagenda baru semasa sesi bergambar sempena sambutan ulang tahun pertama Astro Arena yang berlangsung di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada 24 April 2011.

KUALA LUMPUR, (D5) - Sambutan ulang tahun penyiaran Astro Arena (Saluran 801) yang berlangsung di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur malam tadi diraikan dengan  penuh gilang gemilang dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu VIP, para atlit, media serta individu-individu yang terlibat sejak kali pertama ia  dilancarkan.
Antara yang hadir bersama memeriahkan sambutan ialah antaranya Pengerusi Astro Dato' Haji Badri Haji Masri, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), YAM Tunku  Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, Menteri Belia dan Sukan Dato' Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa.
"Saya bangga melihat Astro Arena kini sudah genap setahun usianya dan diharapkan kami dapat menjana serta bergerak dengan matlamat untuk memberi inspirasi  kepada anak muda Malaysia untuk berjaya dalam bidang sukan," kata Dato' Haji Badri semasa menyampaikan ucapan pembukaan.
Di samping itu, pihak Astro Arena juga menyampaikan penghargaan kepada MOM kerana banyak memberi dorongan dan bantuan sejak kali pertama ia dilancarkan,  malahan penglibatan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak MOM juga sedikit banyak memberi impak yang hebat.
"Tahun pertama bekerjasama dengan Astro Arena satu pengalaman yang hebat dan saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih di atas kerjasama  antara MOM dan Astro Arena," demikian ujar Tunku Tan Sri Imran.
Kemeriahan sambutan ulang tahun dimeriahkan lagi dengan kehadiran para atlit negara seperti pemain skuasy No 1 Dunia Datuk Nicol David, jaguh No 1 badminton  perseorangan negara Lee Chong Wei, pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Razak serta Zaquan Adha dan ramai lagi.
Pihak Astro Arena juga turut mengumumkan Duta dan Lagenda baru yang akan bersama-sama untuk mempromosikan sukan negara dan memeriahkan lagi kehangatan sukan  tempatan bagi tahun 2011.
Seramai 22 atlit telah dipilih untuk mewakili Astro Arena selaku Duta manakala sembilan bekas atlit negara pula terpilih sebagai Lagenda Baru yang juga akan  berperanan untuk memartabatkan imej sukan Malaysia di mata dunia.
Atlit baru yang terpilih ialah Alex Liew (Boling), Azizulhasni Awang (Basikal), Azlan Iskandar (Skuasy), Bryan Nickson (Terjun), Daniel Bego (Renang),  Khairul Fahmi Che Mat (Bola sepak), Datuk Lee Chong Wei (Badminton), Leong Mun Yee (Terjun), Low Wee Wern (Skuash), P. Mariappan (Angkat Berat Paralimpik),  Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak (Bola sepak), Safee Sali (Bola sepak), Datuk Nicol David (Skuash), Nor Shahrul Idlan Talaha (Bola sepak),  Nur Suryani Md Taibi (Menembak), Pandelela Rinong (Terjun), S. Kumar (Hoki), Suhan Kumar (Kriket), Yamini Gopalasamy (Karate), Zandra Aziela (Boling) dan  Zamri Baba (Cub prix).
Manakala bagi Duta Lagenda pula ialah Ishtiaq Mubarak (Olahraga), Marina Chin (Olahraga), Tan Sri Dr. M. Jegathesan (Olahraga), Mirnawan Nawawi (Hoki), Datuk  Hj Misbun Sidek (Badminton), Datuk Rahim Razali (Pengulas sukan), Datuk Soh Chin Aun (Bola sepak), Datuk R. Yogeswaran (Hoki) dan R. Puvaneswaran (Karate).
Majlis sambutan ulang tahun Astro Arena diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada lima pemenang kategori yang dipilih oleh para peminat sukan menerusi  undian di laman www.arena.my dan disusuli kemudiaan dengan sesi bergambar kenang-kenangan bersama para tetamu VIP dan atlit.

Sabtu, 23 April 2011

Ayu belum hamil

24 April 2011





AGAKNYA itulah yang dikatakan rezeki orang berumah tangga. Sebaik habis cuti perkahwinan dua minggu Ayu Raudhah tidak goyang kaki di rumah.
Dalam tempoh hampir tiga bulan selepas menjadi suri pemain bola sepak skuad kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, sudah empat produksi drama Ayu selesaikan. Dua daripada produksi itu daripada naskhah drama bersiri dan dua lagi adalah telemovie.
“Syukur sangat. Saya cuma sempat cuti dua minggu selepas kahwin, setelah itu banyak masa dihabiskan di lokasi,” katanya.
Dalam rasa bercampur bahagia, dia dan Zaquan masing-masing masih bertukar-tukar kediaman, sekejap di rumah lama Ayu di Subang, Selangor dan sekejap di Seremban. Pasangan tersebut berkahwin pada 21 Januari lalu.
“Kadang-kadang rasa macam masih di alam berkasih-kasihan. Saya sibuk dengan jadual penggambaran. Bila ada waktu cuti sehari atau dua hari, kami akan jumpa.
“Kemudian apabila Zaquan ada latihan, pagi-lagi lagi dia akan bergerak balik ke Seremban, saya pula ke lokasi penggambaran.
“Macam baru-baru ini, saya sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Mata Ayer di Perlis, jadi masa bersama sangat terhad,” katanya yang bertukar ke lokasi penggambaran telemovie, Kemilau Di Hati Nadirah di Pulau Pinang pada Isnin lalu.
Mujurlah kata Ayu, sepanjang seminggu berada di Pulau Pinang, Zaquan ikut bercuti memandangkan dia baru menjalani rawatan perubatan akibat kecederaan lutut.
Bertanyakan khabar sama ada sudah ‘berisi’ atau belum, ketawa si pengantin baru yang masih bersisa inai di jari itu semakin manja.
“Belum, kami pun tengah menunggulah. Saya memang berharap untuk cepat-cepat menimang cahaya mata, Zaquan lagilah teruja. Awal-awal lagi kami sudah berbincang pasal anak.
“Masa bulan pertama kahwin, saya sedikit berdebar, ingatkan bila sudah terlewat ‘kitaran,’ maknanya saya dah berisi, tapi rupa-rupanya belum lagi. Belum ada rezeki nampaknya,” tergambar fasa pertama bergelar isteri yang menyeronokkan daripada ungkapan adik jelitawan, Rozita Che Wan itu.
Berbalik kepada Mata Ayer, dalam drama berkisarkan ilmu hitam itu, Ayu membawa watak Melati. Melati sering hadir dalam mimpi Shidah, lakonan Sharifah Shakinah.
“Melati sebenarnya moyang kepada Shidah dan bayangan mimpi dalam tidur Shidah itu sebenarnya merupakan satu petanda. Watak saya kali ini agak misteri,” katanya.
Drama bersiri 20 episod terbitan Zeel Production yang diarahkan oleh Mazri Mustafa dan skrip oleh Mohd. Rohizan Ramli itu mula bersiaran sejak 11 April 2011 pada hari Isnin hingga Khamis
pukul 4 petang di TV3.

Rabu, 20 April 2011

Fokus Perubatan : Dato’ Dr. Ramlan - Zaquan Tidak Harus Mengalah

20 April 2011

Tiga kali mengalami kecederaan berulang di lutut kirinya, menimbulkan rasa ‘frust’ yang teramat dalam diri Zaquan Adha Abdul Razak, penyerang terbilang negara, yang ketika ini berdepan prospek terpaksa bersara awal andai kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) dialaminya, tidak dapat disembuhkan.

Meskipun pemain berusia 24 tahun ini sendiri belum mahu berputus asa, dan berazam mencuba sedaya upaya untuk bebas daripada belenggu kecederaan dan kembali beraksi secepat mungkin, hakikat bahawa beliau perlu berehat lebih lama daripada jangkaan, perlu tetap diterima.

Pengarah Institut Sukan Negara, Dato’ Dr. Ramlan Abdul Aziz, mengakui ramai atlet sanggup bersara awal apabila mengalami masalah kecederaan berulang, apatah lagi proses pemulihan memerlukan disiplin dan dedikasi yang tinggi, selain mengambil banyak masa dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

“Saya ni optimis, selagi ada daya dan usaha, seseorang itu tidak harus menyerah kalah dan menerima sesuatu hakikat hanya selepas menerokai segala segi dan tahap. Secara prinsipnya, pembedahan dilakukan untuk mengembalikan seseorang atlet ke latihan gigih dan pulang ke kancah pertandingan secepat mungkin, tetapi semestinya SELEPAS PROSES PEMULIHAN YANG LENGKAP DAN SEMPURNA..”.

“Paling cepat kami buat adalah 5 bulan... TEtAPI YG ELOK ANTARA 6-9 BULAN supaya bukan sahaja pulih dari pembedahan tetapi kerja suaian fizikal mesti juga digabungkan seawal mungkin. Dari segi psikologi dan kawalan berat badan adalah penting juga supaya atlet berjaya memberi tumpuan yg diperlukan utk mengambil selangkah demi langkah, dan mengambil kira aspek2 lain yg boleh juga menjejaskan prestasinya kelak atau melambatkan "return to sport"..”, jelas beliau.

Sebelum ini, Dr.Ramlan pernah menerajui pemulihan pemain badminton Lee Wan Wah selepas merujuknya kepada pakar ortopedik untuk pembedahan “ACL Reconstruction’’ dan hasilnya, Wan Wah masih bermain badminton di tahap antarabangsa walaupun sudah bersara dari pasukan kebangsaan.

Justeru, bagi kecederaan berulang, contohnya dalam kes kekoyakan separa menjadi lebih teruk, yang memerlukan “ACL Reconstruction”, Dr.Ramlan berkata adalah amat penting pemulihan dikendalikan dengan cemerlang.

Selasa, 19 April 2011

Ayu Raudhah Pegang Watak Perosak Rumah Tangga

20 April 2011


KUALA LUMPUR: Pelakon Ayu Raudhah bakal membawakan watak antagonis dalam telefilem berjudul Pabila Syaitan Berbisik yang akan ditayangkan pada 22 April ini, pukul 10.30 pagi, di TV1.
Dia yang cukup dikenali dengan watak lemah-lembut ini akan memainkan peranan seorang gadis kampung yang jahat dan lupa daratan bernama Julia.
Watak tersebut menjadikan Ayu sebagai seorang perosak rumah tangga orang lain demi mengejar kemewahan hidup.
Telefilem ini mengisahkan kehidupan Is dan Zulaikha yang bahagia sebagai suami isteri berubah dengan kehadiran Julia, anak kawan baik mereka iaitu Karim.
Julia yang sukakan kemewahan menjadi lupa diri apabila mendapat layanan istimewa daripada Is dan Zulaikha apabila Julia menetap dengan mereka di Phnom Penh, Kemboja.
Julia sanggup meninggalkan kekasihnya, Brain kerana perselisihan pendapat dan memandang hina lelaki tersebut kerana masih belum stabil daripada segi kewangan. Bagaimanapun, kebahagiaan Julia tidak lama apabila Is mati dan meninggalkan Julia yang baru dinikahinya seorang diri dalam keadaan mengandung. Pada masa itu Zulaikha telah pun pulang ke Malaysia untuk tinggal bersama Khalif kerana ingin mengubat hatinya yang luka atas perubatan Is dan Julia.
Julia masih angkuh dengan dirinya walaupun setelah kematian Is. Dia kembali ke Malaysia untuk tinggal bersama bapanya Karim tetapi sebaliknya bersikap kurang ajar dengan bapanya apabila disuruh meminta maaf dengan Zulaikha.
Setelah gagal dan tidak sefahaman dengan bapanya, Julia pergi menemui Brian untuk mendapat sokongan daripada Brian tetapi ditolak oleh Brian. Brian kini gembira dan bahagia bersama Tina.
Telefilem ini turut dibintangi oleh Datuk Jalaludin Hassan, Dian P.Ramlee, Remy Ishak, dan Hafizudin.


Godaan Ayu Raudhah

20 April 2011


SELAMA ini peminat mengenali Ayu Raudhah menerusi watak putih dalam lakonannya apabila sering diberikan watak gadis lemah lembut dan bersopan santun. Karakter ini melekat diingatan peminat, sekali gus menyukarkannya mempelbagaikan watak sedangkan setiap pelakon perlu berbuat demikian.
Bagaimanapun, peluang yang dinantikan adik kepada Rozita Che Wan ini akhirnya tiba menerusi drama Pabila Syaitan Berbisik yang akan menemui penonton menerusi TV1, jam 10.30 pagi pada 22 April. 
Lumrah kehidupan yang ada sisi hitam dan putihnya, Ayu membawakan watak jahat sebagai Julia, gadis kampung lupa daratan yang sanggup menghancurkan rumah tangga orang lain demi mengejar kemewahan hidup.

Cerita ini bermula dengan kehidupan Is dan Zulaikha yang bahagia sebagai suami isteri, namun segala-galanya berubah dengan kehadiran Julia, anak kawan baik mereka Karim. Julia yang sukakan kemewahan menjadi lupa diri apabila mendapat layanan istimewa dari Is dan Zulaikha apabila menetap dengan mereka di Phnom Penh (PP), Kemboja.

Demi kemewahan, Julia sanggup meninggalkan kekasihnya, Brian kerana perselisihan pendapat. Malah, dia juga tergamak memperlekeh�kan Brian yang masih belum stabil dari segi kewangan. Dia bukanlah tidak mampu untuk memperoleh kesenangan hidup dengan titik peluhnya sendiri kerana dia gadis yang pintar, tetapi dia memilih untuk mendengar bisikan syaitan dan memilih jalan mudah untuk senang.

Tidak terkecuali juga Is, yang bahagia di dalam rumah tangganya yang dilayari bersama Zulaikha hampir 21 tahun memilih untuk mengikut hawa nafsunya dan tewas pada godaan Julia. Julia sanggup menghina dan memperkecilkan Zulaikha yang selama ini menjaganya bagaikan anak sendiri.

Namun, sudah hukum karma, kebahagiaan Julia tidak lama apabila Is mati dan meninggalkan Julia yang baru dinikahinya seorang diri dalam keadaan mengandung. Pada masa itu Zulaikha telah pun pulang ke Malaysia untuk tinggal bersama Khalif kerana ingin mengubat hatinya yang luka atas perbuatan Is dan Julia.

Walaupun sudah kematian suami, Julia masih angkuh dengan kemewahannya. Dia kembali ke Malaysia untuk tinggal bersama bapanya Karim, bagaimanapun dia bersikap kurang ajar dengan bapa kandungnya ini apabila Karim menyuruhnya meminta maaf dengan Zulaikha. Setelah gagal dan tidak sefahaman dengan bapanya, Julia pergi menemui bekas kekasihnya Brian untuk mendapat sokongan.

Namun, Brian tidak melayan permintaannya kerana dia kini gembira dan bahagia bersama Tina. Menyedari yang dia kini sebatang kara dan mengandung, Julia bertekad mendapatkan harta Is untuk menampung masa depannya. Alangkah kecewanya apabila usahanya gagal kerana Is tidak mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia.

Ketika inilah dia meng�alami tekanan yang amat sangat dan kemurungan yang melampau. Namun, pera�ngainya masih belum berubah sehinggalah dia terjatuh dan mengalami pendarahan yang menggugat nyawanya. Pada masa itulah Julia mengalami pengalaman sakaratul maut. Bagaimanakah kesudahan cerita menarik ini? Turut sama berlakon drama ini ialah pelakon terkenal Dato’Jalaludin Hassan, Dian P.Ramlee, Remy Ishak dan Hafizudin Fadzil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...