Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 26 Januari 2011

Ayu terima syarat Zaquan

26 Januari 2011


PASANGAN merpati dua sejoli ini mengharapkan ikatan perkahwinan mereka akan kekal sehingga ke akhir hayat.



MALAM 21 Januari lalu benar-benar menjadi milik pelakon popular, Ayu Raudhah Che Wan dan pasangannya, pemain bolasepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd Radzak.

Usai majlis akad nikah yang menjadi kemuncak sesebuah perkahwinan beberapa jam sebelum itu, mempelai mengatur resepsi yang penuh meriah dan bermakna di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar, Alor Setar.
Bak seorang puteri dan putera dalam cerita dongeng, Ayu, 27, dan Zaquan, 24, tampil menawan dan mempesona ketika tiba di karpet merah sehingga menjadikan semua jemputan terpukau seketika.

Alunan lagu merdu nyanyian Shania Twain, From This Moment yang mengiringi langkah pengantin ke persada pelamin nan indah dengan limpahan cahaya bulan penuh cukup menebarkan suasana romantis pada malam itu.

Dengan mengenakan pakaian pengantin serba putih daripada pereka Rizman Ruzaini, kedua mempelai berarak memasuki ruangan pelaminan yang bertemakan Cerita Puteri Dongengyang menjadi impian si pengantin perempuan.

Ayu turut tampil menawan apabila menggayakan busana berwarna merah jambu dengan sanggul tinggi berhias kuntuman bunga ros bersama vel ketika acara memotong kek sementara Zaquan segak berkot kelabu, juga ilham Rizman Ruzaini.

Pasangan tersebut dinikahkan pada hari yang sama di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar setelah hampir empat bulan bertunang.

Ayu yang berwalikan abangnya, Roshidi, 31, dinikahkan oleh imam masjid tersebut, Mustafa Kamil Abdul Jamil dalam satu majlis ringkas namun meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan.

Dengan sekali lafaz, Ayu sah sebagai isteri Zaquan dan menerima mas kahwin berupa wang tunai RM1,888 serta sebentuk cincin berlian.

Tidak lengkap pernikahan tanpa hantaran, mempelai bertukar hantaran perkahwinan dengan tujuh dulang daripada pengantin lelaki yang berbalas sembilan daripada pengantin perempuan antaranya berisi persalinan, sejadah, telekung, minyak wangi, bunga rampai, kek dan coklat.

Paling istimewa Ayu turut menghadiahkan suaminya sepasang kasut bola berwarna merah lengkap yang bertulis nama mereka.

Wang hantaran bagaimanapun menjadi sesuatu yang cukup rahsia dalam perkahwinan ini apabila kedua pengantin mahupun anggota keluarga menutup rapat mulut mereka daripada memperkatakan tentang perkara itu.
"Biarlah hanya keluarga kami saja yang tahu", kata Ayu sambil tersenyum.

Demikian termeterai sudah percintaan yang disulam lebih setahun lalu dalam diam dengan ikatan perkahwinan dan bermula fasa baru dalam hidup Ayu dan suami tersayang.

Begitu juga dengan status sebagai isteri yang baru disandang itu tidak akan merobah karier Ayu sebagai pelakon.
Namun ada syarat-syarat yang sudah diletakkan oleh si suami demi keharmonian rumahtangga dan kasih sayang mereka sehingga ke akhir hayat.

Atas nama cinta, pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan @ Abu Bakar ini sedia menunaikan syarat tersebut.
Itu bukan sesuatu yang terlalu membebankan, kata Ayu, apatah lagi Zaquan sendiri berjanji tidak akan menghalang hasratnya untuk terus mewarnai dunia lakonan.

"Dia cuma nasihatkan saya bila masuk alam perkahwinan ini kena pandai memilih keutamaan iaitu keluarga. Yang penting jaga tatasusila dan tingkah laku agar tidak menyinggung hatinya dan keluarga.

"Begitu juga dalam pemilihan watak lakonan, walaupun tidak mengatakan secara terperinci namun yang penting lakonan yang tidak menyinggung perasaannya. Dia akan cemburu, katanya. Insya Allah saya tahu batas-batasnya," kata Ayu ketika ditemui di majlis tersebut.

Bergelar isteri cukup membawa makna kepada Ayu kerana dia berjanji komited dengan tanggungjawabnya termasuk melahirkan zuriat untuk suami yang dicintainya.

"Kalau ditakdirkan kami menimang cahayamata dalam masa terdekat kami menerima sepenuh hati. Tetapi ini semua terpulang kepada rezeki," kata Ayu.

Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda daripadanya, Ayu berjanji untuk tidak bersikap 'berkuasa' kerana baginya suami tetap suami yang harus ditaati biarpun dia lebih muda.

"Beza usia tiga tahun ini tidak menghalang kami untuk saling menghormati. Tidak semestinya saya lebih tua daripadanya, dia mesti dengar cakap saya.

"Perbezaan usia ini tidak akan menjadi penghalang kerana masing-masing ada tanggungjawab," tegasnya lagi yang akan menetap di rumah baru yang dibeli Zaquan di Seremban, Negeri Sembilan.

Seperti juga pasangan suami isteri lain yang baru mengikat ikatan perkahwinan, janji untuk berkasih sayang sehingga akhir hayat menjadi ikrar Ayu dan Zaquan.

"Hidup mana yang tidak akan dilanda dugaan baik dalam tempoh berkawan, bercinta, bertunang apatah lagi apabila sudah berkahwin. Apa yang penting kami harus banyak bersabar dan saling mempercayai.

"Biarlah ini perkahwinan pertama dan terakhir kami, dengan harapan kasih sayang ini akan berkekalan," harapnya lagi.

Isnin, 24 Januari 2011

Ayu Raudhah & Zaquan Dirai Sempena 'Festival Pengantin Malaysia'

25 Januari 2011


Ayu dan Zaquan akan dirai dalam sebuah majlis sempena Festival Pengantin Malaysia pada 26 Januari ini di Seri Kembangan. - Foto ASRI ABDUL GHANI
PETALING JAYA: Pasangan suami isteri Ayu Raudhah dan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha akan diraikan sempena Festival Pengantin Malaysia 2011 pada Rabu ini di Beach Hut Mines Wellness Hotel, Mines Resort City, Seri Kembangan, Kuala Lumpur.
Majlis bertemakan “Ocean, Blue, Mediterranean - Hangatnya Cinta” anjuran Dirich Vision Sdn Bhd itu juga diadakan seiring dengan majlis pra pelancaran dan sidang media Festival Pengantin Malaysia yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Mac tahun ini di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.
Pasangan ini bernikah pada 21 Januari lalu di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Festival tersebut dianjurkan buat kali ketiga selepas kejayaan yang cemerlang di Karnival Pengantin Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada November 2010 dan Karnival Pengantin di Stadium Melawati Shah Alam pada Disember 2010.
Kali ini, pihak penganjur menjanjikan karnival yang terbesar dan terhebat seumpamanya dengan pelbagai acara dan aktiviti menarik serta lebih eksklusif.
MIECC dipilih kerana festival kali ini mendapat penyertaan lebih 200 syarikat yang terlibat dalam industri perkhidmatan andaman pengantin, perancang perkahwinan, fotografi dan videografi, percetakan kad jemputan, cenderahati perkahwinan, perhiasan dan aksesori, penyediaan lokasi majlis, ejen pelancongan, pusat kecantikan serta perkhidmatan penyediaan penyajian (katering).
Penganjuran kali ini menyasarkan lebih 30,000 pengunjung berdasarkan sambutanDi luar jangkaan pada penganjuran yang lepas.
Selain Dirich Vision sebagai penganjur, penganjuran kali ini dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategi penganjuran antaranya Mines Wellness Hotel dan Majalah Stailista agar festival kali ini lebih eksklusif dan berprestij.

Keluarga Restu Pilihan Zaquan

25 Januari 2011

Umar, Haimi Menang Pusingan Pertama TLTBSS


ALOR SETAR, 24 JANUARI 2011: Tiada kata dapat digambarkan betapa leganya perasaan keluarga pengantin sebelah lelaki, Abd Razak Bin Salleh, 61, serta isterinya Azizah Binti Arshad, 58, selepas melihat selesainya majlis akad nikah dan resepsi perkahwinan anak mereka, Mohd Zaquan Adha Abd Razak, 23 dengan Ayu Raudhah Binti Che Wan, 25.

"Alhamdulillah, syukur sangat-sangat semuanya sudah selesai. Hati saya terasa seperti sudah terlepas dari satu beban yang berat dengan selesainya majlis akad nikah dan resepsi ini. Perjalanan yang jauh kami dari Paroi, Negeri Sembilan ke Alor Setar Kedah ini berakhir dengan selamat. Syukur ke hadrat Allah," kata Abd Razak yang ditemui portal murai.com.my.

Ketika ditanya tentang perasaannya menerima Ayu sebagai menantu, Abd Razak menjelaskan: "Semua ini adalah kehendak Tuhan, dia yang menentukan rezeki, jodoh dan ajal kita. Sebagai bapa, saya redha dengan pilihan Zaquan untuk memperisterikan Ayu.

Abd Razak bagaimanapun enggan mengulas tentang situasi dan ketidak hadiran menantunya yang seorang lagi, aktres Rita Rudaini yang merupakan isteri kepada kembar Zaquan, Aidil Zafuan.

"Tentang perkara itu, saya tak ingin ulas apa-apa buat masa sekarang. Bukan masa yang sesuai lagi" jelasnya.
Sementara itu, isteri Abd Razak, Azizah nyata sebak apabila menyaksikan anak lelakinya itu kini bergelar suami orang.

"Saya tak sangka, sejak kecil lagi dia bermain bola, saya lihat perkembangannya sehingga menyertai pasukan Negeri Sembilan dan skuad negara, tiba-tiba kini dia dah sah menjadi suami orang. Macam mimpi pula, semuanya berlalu dengan pantas," jelas Azizah sambil menitiskan air mata.

Untuk majlis resepsi sebelah lelaki yang akan diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan, pada 30 Januari ini, Abd Razak berkata majlis berkenaan akan diadakan dalam suasana sederhana tapi meriah.

"Cukuplah sekadar sederhana saja, tak perlu majlis besar-besaran kerana yang penting itu niat", ujarnya sambil medoakan kebahagiaan buat anaknya serta menantu.

Ahad, 23 Januari 2011

Ayu usaha puaskan Zaquan

24 Januari 2011







HUBUNGAN cinta yang disulam sejak lebih setahun lalu akhirnya dimeterai dengan ikatan perkahwinan apabila mereka selamat diijabkabulkan pada petang Jumaat lalu di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Dengan sekali lafaz sahaja, Ayu Raudhah bergelar isteri kepada jejaka tampan, Zaquan Adha sekali gus menjadi permulaan episod suka duka kehidupan berumah tangga.
Menurut pelakon drama Nur Kasih ini yang lebih mesra disapa Ayu, beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
"Ayu akan cuba jadi isteri yang sempurna bagi memastikan perkahwinan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat," katanya usai majlis akad nikah.
Kata Ayu, dia dan Zaquan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan berharap ikatan perkahwinan itu dapat menjadikan hubungan mereka lebih matang.
"Ayu bimbang kalau tidak dapat puaskan hati Zaquan dan sebagai isteri, Ayu akan cuba memahaminya demi ikatan perkahwinan ini," ujarnya.
Ketika diajukan mengenai perbezaan usia di antara dia dan suaminya itu, Ayu berkata, ia bukanlah penghalang mahupun masalah besar yang perlu dibimbangkannya.
"Kami tidak pernah mempersoalkan tentang perkara itu dan walaupun Ayu lebih tua daripada Zaquan, Ayu tidak pernah nak mengarah Zaquan itu dan ini.

PASANGAN ini sepakat untuk tidak menghalang kerjaya masing-masing tetapi harus bijak membataskan pergaulan.




"Zaquan pula matang dalam semua perkara, jadi perbezaan umur bukan satu masalah perhubungan kami suami isteri," jelasnya.
Menurutnya lagi, dia juga telah bersedia untuk menghadapi apa jua gosip liar yang mungkin melanda rumah tangganya.
"Insya-Allah Ayu bersedia untuk menghadapi semua itu dan sebagai manusia waras, Ayu dan Zaquan tidak akan cepat melatah sebaliknya berbincang dengan baik.
"Lagipun semasa kami bercinta dan bertunang pun banyak gosip yang timbul tetapi kami tidak jadikannya satu perkara serius," katanya penuh yakin.
Mengenai dunia lakonannya, Ayu berkata, pembabitannya dalam dunia seni itu akan tetap diteruskan dan ia mendapat sokongan daripada suami tersayang.
"Ayu kini sudah bergelar isteri orang, jadi beberapa perkara perlu diambil kira antaranya membataskan pergaulan dengan lelaki lain serta cara pemakaian yang tidak terlalu seksi.
"Ayu tahu batas-batas yang perlu dijaga sebagai seorang isteri," ujarnya.
Selain itu, katanya, dia juga akan memastikan hanya berlakon dalam watak-watak yang sesuai dengan dirinya yang kini sudah memegang status isteri.
"Ayu buat semua ini kerana mahu hidup bahagia dan saling menyayangi sampai ke akhir hayat," katanya.
Ketika ditanya tentang lokasi berbulan madu, Ayu belum mempunyai sebarang perancangan memandangkan Zaquan sibuk dengan latihan di padang.
"Ayu suka pulau dan jika ada kelapangan kami akan putuskan lokasi bulan madu dan ia mungkin sekitar Mac ini," jelasnya.
Mengenai anak pula, Ayu tidak merancang dan bersedia menjadi ibu pada bila-bila masa.
Zaquan yang juga pemain skuad Negeri Sembilan melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sebelum menandatangani ikrar sebagai pasangan suami isteri.
Ia diikuti dengan acara menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,888 dan menyarung cincin ikatan pernikahan dan acara membatalkan air sembahyang.

ZAQUAN mengaku, perasaan berdebar dan puas saat diijabkabulkan lebih hebat daripada menjaringkan gol.




Pada majlis serba sederhana itu, lebih 100 jemputan termasuk ibu Ayu, Zabedah Saat; ibu bapa Zaquan, Abd. Razak Abdul Radzak Salleh dan isteri, Azizah Arshad, anggota keluarga serta rakan kedua mempelai.
Debaran
Perasaan berdebar ketika upacara akad nikah berlangsung benar-benar menguji kejantanan mempelai lelaki yang hebat menggegar gawang gol, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak. Ini kerana Zaquan mengaku debaran yang dirasakan mengalahkan ketika dia beraksi di padang.
Perasaan ketika berjaya menjaringkan gol memberi satu kepuasan kepada penyerang Negeri Sembilan itu tetapi kepuasan yang dialami sejurus jurunikah mengesahkan kabulnya amat berbeza sama sekali.
"Saat ijab dan kabul amat mendebarkan berbeza bermain di padang. Apabila jurunikah mengatakan sah, kepuasan yang dialami lain macam dan amat berbeza.
"Namun, syukur majlis akad nikah berjalan dengan lancar. Saat-saat yang saya tunggu (majlis akad nikah) berlangsung dengan baik," ujar pemain yang memakai jersi nombor 8 itu.
Sebelum upacara berlangsung jurunikah yang juga Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Mustafa Kamil Abdul Jamil sempat mengusik Zaquan ketika menyebut satu per satu rukun nikah.
"Pertama lelaki, kedua perempuan, ketiga wali, keempat saksi serta kelima sighah atau lafaz (ijab dan kabul). Di sini ramai saksi, jurugambar dan wartawan juga saksi," ujarnya yang disambut senyum Zaquan.
Seperti mana Ayu yang sudah meluahkan perasaannya rela berkorban apa saja demi kebahagiaan rumah tangga mereka, Zaquan turut mempunyai ikrar yang sama.
"Saya mengharapkan kebahagian ke akhir hayat bersama dengan wanita yang kini bergelar isteri yang saya sayangi iaitu Ayu," kata adik kembar Mohd. Aidil Zafuan itu.
Air mata jantan Zaquan turut menitis ketika berpelukan dengan kembarnya selepas selesai akad nikah yang penuh bersejarah itu.
"Zafuan sempat berpesan, jadilah seorang suami yang bertanggungjawab," ujar Zaquan.
Beraksi semula
Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kariernya, Zaquan yang digugurkan dari skuad kebangsaan pada Piala Suzuki AFF bulan lalu akibat kecederaan lutut akan turun bersama rakan sepasukan di padang minggu depan.
Namun, Zaquan masih belum boleh beraksi berikutan kecederaan yang dialami belum pulih sepenuhnya dan terpaksa menunggu sehingga Mac.
"Saya dinasihatkan doktor supaya berehat. Saya ketika ini cuma menjalani latihan ringan bagi mengekalkan ke cergasan," katanya.
Menyentuh kerjaya si isteri yang cantik itu dalam bidang lakonan selain mempunyai ramai peminat dan tidak kurang di kalangan lelaki Zaquan berfikiran terbuka.

BERI restu. Kakak Ayu, Rozita Che Wan tidak ketinggalan menepung tawar mempelai.




Dunia lakonan yang tidak boleh lari dengan perasaan cemburu apabila si isteri bersama dengan artis lelaki lain mampu ditangani Zaquan menerusi rasa percayanya kepada Ayu.
"Saya mengenali Ayu sebagai seorang insan yang ber kecimpung dalam bidang lakonan, jadi saya tidak punya halangan seperti Ayu yang memahami kerjaya saya dalam bola sepak.
"Saya cuma nasihatkan Ayu, apabila sudah masuk ke alam perkahwinan perlu bijak memilih sama ada keluarga atau kerjaya. Mana yang lebih penting.
"Rasa cemburu, tipulah kalau tidak ada rasa cemburu, semua insan ada perasaan itu. Cuma terpulang kepada Ayu jika dia rasa watak (dalam lakonan) tidak menyinggung perasaan suami dia," katanya.
Apabila berbicara mengenai dunia lakonan lebih-lebih kepada pelakon yang manis seperti Ayu ini tidak boleh lari dari imej seksi.
"Saya seorang yang sangat ringkas. Terpulang kepada individu apabila bergelar isteri kena pandai untuk berpakaian. Takkan depan ibu dan bapa mertua nak berpakaian seksi. Jadi haruslah bijak membawa diri. Itu .perkara yang saya sering ingatkan Ayu," ujarnya.

'Ayu fahami kerjaya saya'

23 Januari 2011


LAZIMNYA, adik-beradik kembar mempunyai persamaan dalam beberapa aspek selain wajah yang seiras, sikap dan minat juga kadang kala hampir sama antara satu sama lain, namun jarang sekali jika ia dikaitkan dengan soal jodoh, tetapi bagi kembar Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, jodoh mereka dengan artis, tentunya unik sama ada ia suatu kebetulan atau sebaliknya.
Hakikatnya, Zaquan, 23, sudah menamatkan zaman bujangnya selepas diijabkabul dengan artis popular, Ayu Raudhah Che Wan, 26, kelmarin, sekali gus mengikut jejak langkah abangnya, Aidil yang sebelum itu mengahwini Rita Rudaini Mokhtar.

Namun, ketika ditanya sama ada dia mengikut jejak langkah abangnya, Zaquan pantas menafikannya sebaliknya menyifatkan ia kebetulan dan kerana jodoh, malah penyerang kebangsaan dan Negeri Sembilan itu seperti tidak percaya apabila bertemu jodoh dengan seorang artis.
“Memang saya rasa amat teruja dan tidak percaya akan menamatkan zaman bujang dalam tempoh yang begitu cepat selepas abang (Aidil) mendirikan rumah tangga pada 2008.

“Malah daripada awal lagi, saya tiada perancangan menjadikan artis sebagai isteri seperti abang, tapi kita harus percaya semuanya ini sudah menjadi ketentuan Ilahi kerana kita hanya boleh merancang tapi Dia yang menentukannya,” katanya kepada Metro Ahad.

Zaquan diijabkabul dua hari lalu dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung selepas solat Jumaat di Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar disusuli dengan majlis resepsi pada malamnya di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Kedua-dua pasangan sensasi itu menamatkan desas-desus mengenai hubungan cinta mereka apabila mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober lalu.

Difahamkan majlis kenduri pihak pengantin lelaki diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi Seremban 30 Januari ini dan pihaknya sudah mengedarkan 500 kad jemputan perkahwinan kepada saudara mara dan rakan termasuk kalangan pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan serta akan menyediakan makanan untuk seramai kira-kira 1,500 tetamu.
“Saya harap dan berdoa segala yang dirancang berjalan lancar dan selamat kerana ia hari penting dan detik bersejarah buat saya,” katanya yang mula menonjol ketika Sukan Malaysia (Sukma) 2004 di Negeri Sembilan.

Dia mengakui sikap saling memahami antara satu sama lain menyebabkan mereka berdua bersetuju mendirikan rumah tangga, malah isterinya itu bukan saja memahami kerjayanya sebagai pemain bola sepak, sebaliknya sentiasa memberikan sokongan padu dan semangat untuk terus maju serta berjaya demi memantapkan reputasi bola sepak negara di persada antarabangsa.

Katanya, sikap keterbukaan Ayu Raudhah menyebabkan dia membuat keputusan untuk hidup bersama dengan artis itu yang juga adik kepada pelakon popular, Rozita Che Wan.

“Saya bersyukur kerana ahli keluarga bukan saja memberi sokongan malah tidak membezakan (menantu) dan ia nyata memberi kekuatan kepada saya untuk mengecapi kebahagiaan hidup dan membina masa depan cemerlang bersamanya.

“Walaupun saya akui berkahwin dengan artis akan berdepan pelbagai kontroversi, tapi saya sudah berbincang dengan Ayu dan kami sedia menghadapinya dengan tabah kerana apa yang penting ialah saling memahami dan kena banyak belajar,” katanya yang lahir pada 3 Ogos 1987.

Apapun katanya, dia akan menjadikan perkahwinan itu serta sokongan padu isteri sebagai sumber motivasi untuk terus maju dan lebih cemerlang dalam bola sepak.

Menurutnya, dia juga yakin perkahwinan itu tidak akan menjejaskan tumpuannya kerana dia (Ayu Rau- dhah) amat memahami kerjayanya yang membuatkan dia amat menyenangi artis jelita itu.

Ayam tambatan Negeri Sembilan yang membantu skuad itu muncul juara Piala Malaysia 2009 selepas menunggu selama 61 tahun apabila menjaringkan 10 gol dalam 11 penampilan turut melahirkan rasa lega kerana persiapan bagi meraikan hari bersejarahnya itu berjalan lancar apabila semua ahli keluarganya termasuk Aidil turut mengiringinya ke Alor Setar.

“Saya bersyukur kerana semua ahli keluarga memberikan sokongan padu dan mengharapkan majlis ini selesai dengan baik serta selamat,” katanya yang sudah merancang untuk menetap di Seremban selepas berkahwin kerana sudah membeli rumah di bandar itu.

Mengenai persiapan membantu Negeri Sembilan untuk saingan Liga Malaysia bermula 29 Januari ini, Zaquan mengakui sukar baginya beraksi pada saingan awal kerana belum cergas sepenuhnya berikutan kecederaan yang dialami ketika mewakili negara pada Sukan Asia, tahun lalu.

“Setakat ini kecederaan semakin pulih, malah saya sudah mula menjalani latihan sejak dua minggu lalu dan berharap dapat beraksi lebih awal daripada jangkaan iaitu hujung Mac nanti.

“Buat masa ini fokus utama ialah mendapatkan kembali keyakinan sebelum turun sebagai pemain utama dan kemudian berusaha mendapatkan kembali tempat dalam skuad kebangsaan kerana sangat teruja dengan kejayaan rakan-rakan ketika menjuarai Piala AFF, Disember lalu,” katanya yang mengakui tidak sabar untuk turun beraksi bersama rakan lain sama ada dalam skuad kebangsaan mahupun Negeri Sembilan.

Foto Gambar Ayu Raudah

23 Januari 2011 (Mangga Online)



Ayu-Zaquan selamat diijabkabul

23 Januari 2011 (Mangga Online)



Pelakon Ayu Raudhah Che Wan dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak sah bergelar suami isteri setelah selamat diijabkabulkan, di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah petang ini.
Ayu, 27, dan Zaquan, 24, dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Mustafa Kamil Abdul Jalil. Ayu diwalikan abangnya, Roshidi Che Wan, 31, dengan mas kahwin sebanyak RM1,888.

CERIA BERGELAR SUAMI ISTERI
Zaquan tidak kelihatan gementar dan hanya dengan sekali lafaz sudah sah bergelar suami.

Dia kemudian menandatangani ikrar sebagai pasangan suami isteri dan turut menyarung cincin dalam acara membatalkan air sembahyang.


Majlis serba sederhana itu turut disaksikan oleh lebih 100 jemputan termasuk ibu Ayu, Zabedah Saat, ibu bapa Zaquan, Abdul Radzak Salleh dan isteri, Azizah Arshad, anggota keluarga serta rakan kedua mempelai.

DIRESTUI KELUARGA TIDAK SEPERTI PASANGAN KEMBARNYA.
Majlis persandingan mempelai akan berlangsung malam di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar bermula pukul 8.00 malam yang dijangka dihadiri lebih 1,000 jemputan termasuk rakan artis dan pemain bola sepak negara.

Jelas kelihatan raut bahagia pada wajah masing-masing setelah sah bergelar suami isteri.
Belum rancang bulan madu
Pasangan ini berseri dengan persalinan rekaan Man Kajang dan solekan jurusolek terkenal Amy Jant.
Mereka bagaimanapun belum merancang berbulan madu memandangkan kesibukan kerjaya masing-masing.

BAGAIMANA PRESTASI ZAQUAN SELEPAS DISUNTIK GLAMOR SENI ISTERI?


Ayu Pasang 11 Buah Khemah Untuk Majlis Resepsi

23 Januari 2011


Ayu Raudah dan Zaquan Adha. Foto TheStar ASRI ABDUL GHANI
ALOR SETAR: Sebanyak 11 khemah yang dipasang untuk kenduri kahwin aktres Ayu Raudhah dan pemain bola sepak Zaquan Adha di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar, di sini, Jumaat.
Majlis resepsi berkonsepkan alam fantasi itu dihadiri lebih 1,500 tetamu termasuk pihak keluarga kedua-dua belah pihak, rakan-rakan dan peminat.
Turut serta adalah aktres Zarynn Min dan pemain bola sepak Aidil Zafuan.
Justeru itu itu, makanan yang ditempah untuk seramai 1,200 tetamu terpaksa ditambah kerana tidak mencukupi.
"Saya tak sangka tetamu akan datang seramai ini. Sebab tak mahu menghampakan tetamu yang datang pada saat-saat akhir, kami menambah lagi makanan dan minuman," kata kakak Ayu, aktres Rozita Che Wan.

Lebih daripada 1,500 tetamu yang hadir pada majlis resepsi Ayu dan Zaquan.
Kebanyakan tetamu yang datang tidak melepaskan peluang bergambar dengan Rozita, Zarynn dan Aidil.
Sementara peluang bergambar dengan pasangan pengantin diberikan pada penghujung majlis setelah selesai upacara bersanding, menepung tawar dan memotong kek.
Zaquan mengenakan dua sut berwarna putih dan kelabu manakala Ayu mengenakan dua gaun berwarna putih dan merah jambu rekaan Rizman Ruzaini untuk upacara bersanding dan memotong kek.
Sebanyak dua pelamin yang direka khas oleh Ixora Prestige Bridal dan diselenggarakan oleh kakak Ayu, Jaja.
Ayu dan Zaquan bernikah di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini, Jumaat lalu.

Ayu bagai bermimpi jadi milik Zaquan

23 Januari 2011

BERMULA cinta di papan tanda, Ayu kini sah menjadi milik dan suri hidup Zaquan Adha. Ujar Zaquan, sikap lemah lembut wanita tersebut mencuri perhatian dan hatinya. Cinta mereka berkahir di jinjang pelamin.


KEDUA-DUA selebriti dua lapangan ini umpama pohon yang sedang penuh dengan bunga-bunga mekar. Digoyang sedikit pohon itu, maka bertaburanlah bunga-bunga cinta menyemarakkan bumi. Hati dan jiwa mereka umpama bunga-bungaan itu.
Kelmarin, pelakon, Ayu Raudhah sah menjadi suri hidup Zaquan Adha yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan.
Hantaran tujuh dulang berbalas sembilan dengan mas kahwin RM1,888, pasangan ini selamat diijabkabulkan di tanah kelahiran Ayu Raudhah iaitu di Alor Setar. Kedah.
Mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober lalu, majlis persandingan bagi pihak perempuan akan diadakan semalam di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Ia diikuti dengan majlis persandingan pihak lelaki di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, pada 30 Januari akan datang.
Sensasi Bintang: Cinta dalam tafsiran kalian?
AYU RAUDHAH (AR): Sebuah perasaan yang tidak boleh diluahkan dengan kata-kata. Insan bercinta sahaja yang boleh memahami dan merasainya. Malah ia tidak boleh digambarkan. Makin nak kahwin, makin tersenyum-senyum baca SMS Zaquan. Macam baru-baru nak bercinta.
MOHD. ZAQUAN ADHA (ZA): (Ketawa besar) Saya tidak tahu dan tidak boleh menjawab soalan ini. Mungkin kerana saya bukanlah jenis yang sangat romantis.
Kali pertama bertemu, masih ingat pertemuan itu?
AR: Pasti, saya ingat tarikh 11 Mei 2009, dia datang bertemu saya dengan kawan saya. Kami keluar bersama. Saya control jelita walhal sangat malu sebab suka dengan pertemuan tersebut. Zaquan pula nampak agak berlagak sedikit tapi bila saya sampai di rumah, terus dapat SMS daripadanya yang berbunyi, "Hai, orang hot." Selepas itu kami kerap juga berbalas SMS tapi tidak serius. Sehinggalah dia datang untuk satu perlawanan Kedah menentang Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Kebetulan saya juga ada di sana. Kami bertemu lagi pada bulan Julai.
ZA: Ingat, masa tu saya keluar minum dengan Ayu dan rakannya. Mula-mula berborak biasa-biasa. Tapi sejak itu mula kami rapat dan terus rapat. Saya suka tengok dia bercakap masa itu. Sangat lemah lembut.
Bila Zaquan mula-mula ajak Ayu kahwin?
AR: Jangan tidak tahu, dua minggu lepas kami rasmi berpacaran, dia terus ajak saya kahwin. Saya rasa macam tak percaya dan ingatkan dia main-main. Malah saya anggap dia tidak ambil serius sehinggalah dia bawa saya berjumpa keluarganya. Pertama kali pada bulan April dan kali kedua pada bulan Oktober untuk pertunangan. Sebelum dia kenalkan dengan ayah dan ibunya, dia bawa saya berkenalan dengan adik beradiknya. Alhamdulillah, kali pertama saya berjumpa kedua orang tuanya, kami terus jadi baik.
Majlis perkahwinan, atas idea bersama atau bagaimana?
AR: Idea asal memang daripada saya dan yang merealisasikannya adalah kakak saya, Rohaiza (Jaja). Saya memang sudah lama teringinkan majlis yang bertemakan perkahwinan dalam taman dan penuh fantasi. Bagi saya, tema tersebut sangat comel dan memang dulu telah jadi anganan saya. Zaquan pula jenis mengikut sahaja.
ZA: Kalau di sebelah Ayu, saya biarkan dia dan familinya yang tentukan. Sebelah saya, kami akan memakai persalinan warna biru muda. Saya biarkan mak andam dan famili saya yang uruskan semua dan kalau tanya saya, sejujurnya saya memang tidak pandai menguruskan hal-hal begini.
Ayu di mata Zaquan?
ZA: Dia seorang yang lemah lembut dan pandai mengambil hati orang tua. Ayu seorang yang sangat manja. Mudah terasa dan merajuk. Saya ini jenis yang tidak pandai memujuk. Kadangkala saya biarkan dia pujuk dirinya sendiri.
Zaquan di mata Ayu?
AR: (Gelak) Semua suka terutamanya kerana dia merupakan seorang yang sangat mengutamakan famili. Malah dia dan saya jenis yang rapat dengan famili maka saya faham apa yang masing-masing rasa. Malah dia sangat sopan di hadapan keluarga. Nak kata romantis, tidak, tapi dia berusaha untuk meromantikkan suasana. Dia juga seorang yang teliti dan suka bertanya untuk mendapatkan kepastian dan keterangan lanjut.
Perancangan selepas perkahwinan?
AR: Zaquan memang tidak kisah kalau saya berlakon tetapi saya akan hadkan aktiviti lakonan saya dan kurang mengambil tawaran berlakon. Saya akan jadi selektif tapi akan terus berlakon. Sepatutnya awal Februari ini saya terlibat dengan sebuah drama bersiri tetapi saya tolak kerana tidak mahu berjauhan dengan suami. Saya juga akan berpindah ke Seremban.
ZA: Nampaknya kami akan duduk di Seremban kerana saya sudah ada rumah sendiri di sana. Kelak kalau dia sibuk dengan penggambaran, kami akan singgah di rumahnya di Kuala Lumpur. Saya sibuk dengan latihan bola sepak. Saya juga tidak akan menghalang Ayu untuk terus berlakon kerana saya kenal dia pun sesudah dia bergelar pelakon. Saya cuma ingatkan dirinya supaya bijak membuat keputusan dan membuat keutamaan.
Bagaimana Zaquan mempersiapkan diri untuk masuk ke dalam dunia selebriti dan berhadapan dengan sensasi?
ZA: Bukan pasangan selebriti sahaja perlu bersedia dengan dugaan dan halangan selepas kahwin. Status artis lebih mendapat perhatian dan pelbagai perkara yang ditimbulkan. Orang biasa juga mempunyai masalah mereka sendiri. Sama ada bersedia atau tidak, saya dan Ayu akan hadapi masa hadapan bersama-sama.
Ayu pernah menyatakan bahawa Ayu peminat permainan bola sepak. Apa bukti minat tersebut?
AR: Saya memang penyokong pasukan Malaysia dan Negeri Sembilan. Dari dulu saya memang jenis mengikut kakak saya, Jaja yang suka menonton bola sepak di stadium dan kemudian terjebak. Perlawanan pertama Zaquan yang saya saksikan adalah ketika dia bermain untuk pasukan bawah 20 tahun menentang Singapura di Stadium Bukit Jalil. Waktu itu belum suka dia lagi tapi selepas melihat gambar Zaquan terpampang di papan iklan di Lebuhraya Persekutuan, saya terus suka. Ini seperti sebuah mimpi jadi nyata kerana dapat menjadi isterinya.
Mahu berapa orang anak?
AR: Tidak merancang langsung.
ZA: Saya tidak kisah, kalau boleh 10 orang okey juga. Lima orang juga okey. Tapi jujurnya saya mahu sepasang lelaki dan sepasang perempuan.
Perancangan bulan madu?
AR: Sedih sebab Zaquan tidak dapat cuti. Dia cuma diberi pelepasan pada 20 hingga 23 Januari dan 30 Januari. Jadi kami tidak dapat berbulan madu lagi. Ikutkan perancangan kami mahu ke Hawaii. Saya sukakan pulau kerana ia tenang, tidak sibuk dan kami dapat menghabiskan masa sepuas-puasnya berdua.
ZA: Saya sudah jelaskan pada Ayu bahawa saya tidak dapat cuti untuk kami berbulan madu. Saya baru sahaja pulih daripada kecederaan dan perlu mengikut latihan-latihan yang ditetapkan. Ayu faham tetapi kasihan dia.
Masih wujudkah rahsia antara kalian?
ZA: Tiada rahsia antara kami. Saya cakap pada Ayu, hal yang lepas-lepas biarlah berlalu. Saya pernah ada sejarah dulu dan begitu juga dirinya. Kami tidak boleh ungkit-ungkit perkara lalu. Apa yang penting kini kami perlu berterus terang dan tidak ada apa yang perlu disorokkan.
Panggilan Zaquan buat Ayu?
ZA: Saya panggil dia Boo Boo atau sayang dan Baby. Dia pun panggil saya panggilan Boo Boo.

Aidil Perjelas Ketiadaan Rita Rudaini

23 Januari 2011

Umar, Haimi Menang Pusingan Pertama TLTBSS


ALOR SETAR, 21 JANUARI 2011: Sejak perkahwinan mereka, nyata kehidupan rumah tangga pasangan Mohd Aidil Zafuan,23 dan Rita Rudaini Mokhtar,34 ini tidak sudah-sudah dilanda kontroversi. Dari perkahwinan mereka di Siam sehingglah kepada penerimaan keluarga sebelah lelaki terhadap menantunya, nyata pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi.

Begitulah perjalanan kisah rumah tangga pasangan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini Mokhtar, 34. Terbaru ialah kes Aidil memfailkan permohonan sulh dan hak penjagaan anak terhadap isterinya. Konflik rumah tangga ini kemudian membawa kepada ketidak hadiran Rita ke majlis akad nikah dan resepsi kembar Aidil, Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah.

Ketika ditanya punca ketiadaan Rita ke majlis tersebut, Aidil menjelaskan isterinya tidak dapat hadir kerana sedang sarat mengandung 5 bulan untuk anak kedua mereka.

"Dia kini sedang sarat mengandung anak kedua kami 5 bulan, jadi saya nasihatkan dia untuk berehat saja di rumah di Kuala Lumpur. Tapi Insya Allah untuk majlis resepsi kedua di Paroi, Negeri Sembilan, dia akan hadir kerana jaraknya lebih dekat", ujar pemain pertahanan Negeri Sembilan itu.

Mengulas tentang perkahwinan adiknya pula, Aidil mengharapkan Zaquan dapat menjadi suami yang bertanggungjawab dan menjalan tugasnya sebagai suami sebaik mungkin.

"Saya mendoakan kebahagiaan Zaquan dan isterinya Ayu. Semoga dengan perkahwinan ini dapat mematangkan lagi Zaquan, dia harus ingat dia bukan lagi lelaki bujang seperti dahulu dan tanggungjawab sebagai suami ini berat.

"Sebagai seorang abang saya mendoakan yang terbaik untuk adik saya", jelas Aidil yang begitu syahdu sehingga menitiskan air mata selepas majlis akad nikah Zaquan.

Aidil dan Zaquan akan kembali menjalani latihan bersama skuad bola sepak Negeri Sembilan penghujung bulan ini untuk saingan Liga Malaysia 2011.

Zaquan: Ayu Semangat Baru Saya

23 Januari 2011

Aidil Perjelas Ketiadaan Rita Rudaini

ALOR SETAR, 22 JANUARI 2011: Selesai majlis akad nikah pada siang harinya, majlis resepsi pasangan pengantin baru, Zaquan Adha, 23, dan Ayu Raudhah, 25, berlangsung dengan meriahnya malam tadi.


Majlis yang diadakan di Taman Mawar, Alor Setar itu dihadiri lebih seribu tetamu yang terdiri dari ahli keluarga, rakan media, sahabat handai dan peminat yang teruja untuk menyaksikan kedua merpelai bersanding.

Keadaan penuh sesak ini membuatkan perjalanan majlis agak terganggu kerana peminat mengambil kesempatan untuk bergambar dengan pengantin.

Zaquan dan Ayu yang mengenakan persalinan dari Rizman Ruzaini tiba lebih kurang jam 9 malam dan majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum majlis tepung tawar dari keluarga kedua-dua belah pihak.

Zaquan yang ditemui ketika majlis, menyifatkan hari ini sebagai hari yang penuh bermakna buat dirinya. Sambil menyifatkan isterinya itu sebagai satu semangat baru bagi dirinya, Zaquan bersyukur kerana percintaan dia dan Ayu akhirnya tiba ke jinjang pelamin.

"Syukur, Alhamdulillah. Segalanya sudah selesai di sini. Cuma menunggu majlis di sebelah pihak saya pula. Untuk bulan madu pula, saya belum fikirkan lagi sebab selepas ini saya akan kembali berlatih bersama Negeri Sembilan. Jadi mungkin kami berbincang perkara ini kemudian.

"Soal anak pun saya masih belum terfikir lagi. Segalanya terpulang pada rezeki," ulas Zaquan sambil tersenyum.

Bagi Ayu Raudhah, mengahwini Zaquan adalah ibarat satu impian yang kini tercapai. "Alhamdulillah, jodoh saya sememangnya dengan Zaquan.

"Seperti Zaquan cakap tadi, kami masih belum memikirkan soal bulan madu atau anak. Segala-galanya terpulang kepada rezeki.

"Selepas ini saya akan meneruskan karjaya saya sebagai pelakon. Zaquan sendiri tidak menghalang saya dari meneruskan karier dalam bidang ini.

"Cuma dia ada berpesan, perlu pandai menyesuaikan diri dan memilih antara karier dan keluarga," jelas Ayu penuh mempersona.

Majlis resepsi ini turut menyaksikan majlis memotong kek di mana Zaquan dan Ayu menukar persalinan menggunakan pereka yang sama iaitu Rizman Ruzaini. Turut hadir ke majlis itu ialah pemain-pemain bola sepak tempatan yang mana majoriti darinya ialah pemain skuad Kedah iaitu Khairil Muhymeen, Sabri Abu, Helmi Eliza dan jurulatih skuad Kedah sendiri, Haji Ahmad bin Yusof.

Jumaat, 21 Januari 2011

Rita Rudaini Tidak Sihat - Aidil Zafuan

22 Januari 2011


Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
ALOR SETAR: Aidil Zaquan Abdul Radzak, suami aktres Rita Rudaini Mokhtar memberitahu isterinya tidak dapat hadir ke majlis pernikahan Zaquan Adha dengan pelakon Ayu Raudhah, Jumaat, kerana tidak sihat.
Aidil berkata, Rita sekarang sedang mengandung lima bulan menyebabkan keadaan kesihatannya sering terganggu.
"Saya ada mengajak isteri datang ke majlis ini tetapi Rita tidak sihat. Jadi, dia tidak dapat datang bersama dengan saya dan berada di Kuala Lumpur.
"Insya Allah, dia akan turut serta dalam majlis resepsi di sebelah pihak lelaki di Seremban, Negeri Sembilan pada 30 Januari ini," kata Aidil kepada pemberita selepas majlis akad nikah kembarnya Zaquan Adha di sini, Jumaat.
Zaquan diijabkabulkan dengan aktres Ayu Raudhah pada Jumaat diMasjid Sultanah Bahiyah.
"Saya tumpang gembira dengan majlis perkahwinan Zaquan dan semoga diamenjadi seorang suami yang bertanggungjawab.
"Selepas ini tanggungjawabnya lebih besar dan berharap agar dia menjaga keluarganya dengan baik," ujarnya Aidil lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...